Ramai yg kurang arif teknik berhujjah (adab dlm ikhtilaf). Bila kita debate dgn teknik yg bagus, terasa best, tapi kalau teknik hampes, memang menyakitkan hati. And so, saya nak tulis sikit list tentang Dos and DON’Ts bila berhujjah.
1st. First sekali niat kena betul, sebab nak carikan kebenaran, bukan sebab nak menang. Kalau awal2 dah ada niat sebab nak menang, forget about it.
2nd. Keluarkan hujjah anda satu persatu, dgn secara senang dan mudah difahami. Kalau boleh letak point form. Jangan asyik pusing sana sini and menyebabkan org tak tahu apa point yg anda nak bagi.
3rd. Pastikan hujjah dan fakta anda itu benar, dari sumber yg betul, bukan ciptaan dan rekaan sendiri. Tiadalah yg lebih hina dari mereka yg menipu. Sekiranya tidak pasti, tanyakan kepada mereka yg tahu: فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ “Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.” (Al-Anbiya`: 7)
4th . Jangan sekali2 mengkritik peribadi, fizikal atau family pihak lawan. Hujjah di lawan dgn hujjah, bukan dgn memanggil nama2 yg rendah etc. Perlu ada perasaan hormat menghormati sesama kita.
5th. Be humble. Sekiranya kita dapati hujjah pihak lawan kita lebih benar dan disertai dgn fakta2 yg jelas dan nyata, jangan malu utk mengakui kebenarannya dan menukar fikiran kita. Ingat niat asal, ingin mencari kebenaran kerana keredhaan Allah.
6th. Jangan terbawa2 perselisihan faham tentang perkara yg di khilafkan tersebut dalam kehidupan sehari2. I mean, come on.. kita cuma lawan2 tekak je, friends tetap friends.. apa salahnya kalau dia sokong Arsenal and kita sokong Manchester City sebagai contoh, kopi still boleh duduk semeja. Dalam kata mudah, jangan berdendam..
7th. Kawal emosi. Kalau marah jangan terlalu marah, kalau sedih, jgn terlalu sedih. Jangan menggunakan emotional blackmail, orang pompuan, jgn kalau dah nak kalah je mula menangis.. itu lembek.. org pompuan tokleh lembek.. hehe
8th. Jangan try nak buat provokasi. Ini termasuk kepada yg tukang tuntun/tengok. Kalau satu pihak dah mula mengalah, jgn try nak panggil dia pengecut etc. Jangan jadi tukang simbah minyak pada api, atau tukang kipas pada bara. Be a gentleman/lady ☺
9th mengenali dan menggunakan bahasa menurut tahap kefahaman lawan dan para penonton anda. i.e jangan terlalu menggunakan perkataan teknikal, medical jargon, atau bahasa ana enta yg kita orang biasa kurang faham..
10th. Perlukan kefahaman dalam mengenali maksud perbincangan. Dalam bidang Pendidikan ada discussion, debate dan dialogue. Ketiga-tiganya mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Kita perlu dididik dengan budaya berdialog di mana masing2 mendengar dengan terbuka pendapat orang lain – walaupun berbeza, dan bersedia untuk memperbetulkan pendirian asal kita, dengan tujuan untuk mencapai satu persepakatan – intersubjectivity/common sense.
Last sekali, kalau tak teruk sangat tak terkawal dan tiada peradaban dan ilmu dalam berhujjah, tinggalkan sahaja (i.e jgn layan). Kata hukamak: يُسْتَحَبُّ الْخُرُوْجُ مِنَ الْخِلاَفِ
“Dianjurkan untuk keluar dari perselisihan.”
Adakalanya kita pun kena ingat, mengalah tak semestinya kalah. Allah ‘melihat’, malaikat menulis, para penonton boleh nampak dan boleh berfikir sendiri berdasarkan hujjah2 kita tadi.
Dan mengingati perintah Allah: فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلً
“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An-Nisa`: 59)
Ada beberapa points di atas merupakan sumbangan input dari friends. Contohnya credit to Dr. Wan Shaiza (doktor/lecturer bidang human anatomy) utk point ke 9. (bab ana enta tu saya yg tambah garam sendiri.. hehe) Point ke 10. credit to Puan Noor Afidah, (pakar dalam bidang pendidikan).