“waaaaa…!” adik menangis sebab terjatuh. “kenapa sayang menangis?” Tanya ibu sambil melihat lutut adik yg kemerahan. “Mari sini ibu tengokkan..” Ibu melihat lutut adik, mengusap2nya dan mencium lutut adik. “Nah.. dah baik..” Adik berhenti dari tangisan dan tersenyum sambil memeluk ibu.

 Seorang surirumah susah tentu biasa dengan situasi begini. Bukanlah ciuman si ibu itu ajaib dan magic untuk menyembuhkan, tetapi kepercayaan anak yang tinggi kepada si ibu membuatkannya percaya ciuman ibu dapat menyembuhkan segala kesakitan yg ada. Begitulah pentingnya seorang ibu dalam kehidupan.

'luka di tangan nampak berdarah.. luka dihati siapalah yang tahu...' chewah!

Kebelakangan ini, saya ternampak banyak produk-produk yang dijual samada dalam majalah atau internet, ubat-ubat yg saya kira seperti ‘magic’. Ubat-ubat yang ‘dapat menyembuhkan segala jenis penyakit’. Sesetengah produk ini, adalah merepek, lebih merepek dari kerepek.  Kerepek sedap dan boleh dimakan. Sesetengah dari ubat-ubat/benda tersebut hanya tak ubah seperti ‘placebo’.

Apakah Placebo? Placebo di takrifkan sebagai ‘suatu benda atau prosedur di mana tiada kesan tertentu terhadap penyakit/keadaan yg mahu di ubah’.  Dalam bahasa yg mudah, ubat kosong.  Kadang-kadang kita manusia, boleh mendapat apa yg kita percaya. Serupa seperti ciuman si ibu itu tadi.

Dalam bidang perubatan, placebo effect banyak digunakan untuk bidang kajian. Contohnya, untuk mengesan keberkesanan sesuatu ubat, 50 orang diberikan sejenis ubat yg mahu di kaji, lagi 50 orang pesakit diberikan ‘ubat kosong’ yang mempunyai rupa dan paket yg sama. Kadang-kadang, pesakit sahaja yg tak tahu mengenai ubat kosong tersebut, dan kadang-kadang, doctor pun tidak tahu dia telah memberi ubat kosong, dan ini dinamakan sebagai double randomised trials atau double-blind studies. Pesakit tak tahu, doctor pun tak tahu, both ‘blind’. Kesan placebo bukan sahaja tertumpu kepada ubat-ubatan, tetapi juga krim sapu, injeksion, akupuntur yg bukan pada tempatnya dan even perkataan doktor yg mengatakan, “awak akan baik dalam masa 3 hari’” juga boleh memberikan kesan placebo. Hanya kerana kita believe! Hanya kerana kita percaya dan yakin! Dengan cara ini, saintis boleh mendapat maklumat samada ubat tersebut benar-benar berkesan ataupun memang perubahan yg berlaku secara normal, samada dapat ubat atau tidak.

Double-blind studies juga mempunyai credibility yg lebih kuat dari normal clinical trials sebab kadang-kadang, para doctor juga mudah percaya apa yang dia mahu percaya. Sebab itu lah juga, doctor tidak diberitahu yang mereka telah diberi ubat kosong untuk diberi kepada pesakit. Walau bagaimanapun, para pembaca semua jangan bimbang, kajian-kaijan dan ubat-ubatan kosong ini hanya diberikan semasa berjalannya kajian yg dinamakan clinical trials, dan ianya dimaklumi kepada para pesakit yg mereka sedang mencuba suatu ubat baru.. takut nanti pembaca pi hospital dan ingat doctor sengaja beri ‘ubat kosong’.

Otak manusia ini kadang-kadang boleh mengawal apa yg dia rasa. Keadaan sekeliling dia boleh merubah segala persepsi dia. Contohnya, seorang yg terkena sedikit luka semasa dia tengah lepak, tak sama dengan perasaan seseorang yang terkena luka yang sama semasa dia sedang dalam keadaan berperang. Rasa sakit injeksion ke lengan seorang ibu yang sedang azab menahan kesakitan bersalin, is nothing!

 

Sebagai mana seorang agamawan merasa bertanggungjawab memperbetulkan kesilapan yg dilakukan oleh orang awam dalam bidang agama dan ibadah mereka, begitulah saya sebagai seorang saintis merasa bertanggung jawab untuk memperbetulkan persoalan. Saya tidak mempunyai apa2 kepentingan dalam benda2 tersebut, dan hopefully saya boleh memperbetulkan salah tanggapan tanpa bias.

 

Kadang kala juga, saya merasa ragu-ragu untuk menegur kerana merasa bimbang yg saya mungkin mengacau periuk nasi mereka. Sesetengahnya adalah kawan-kawan rapat saya. Tapi dalam masa yg sama, saya juga merasa kasihan dengan pembeli-pembeli yang telah di tipu oleh supplier/company. Tukang jual mungkin tidak tahu, dia hanya menjual.

 

Pada pendapat saya, masyarakat perlu di ajar bagaimana untuk tidak ditipu semasa membuat pilihan. Testimoni adalah bukan cara terbaik dan bukan cara saintifik untuk mengenali keberkesanan sesuatu ubat. Ubat yg berkesan pada seseorang tidak semestinya berkesan untuk SEMUA orang. Kita juga perlu diajar bagaimana membaca research paper dengan betul. Kajian atau studies yg dibuat mestilah tiada berkepentingan (interest) dengan ubat tersebut, maksud saya, kajian terhadap ubat tersebut tidak boleh dilakukan oleh para penjual atau pengeluar ubat itu sendiri, kredibilitinya menjadi kurang. Statistik yang dibentangkan juga perlu dibaca dengan teliti dan tidak dimanipulasi. Bagaimana kajian di jalankan, terhadap golongan bagaimana semuanya ini perlu diambil kira. Saya tahu perkara ini susah, tapi mungkin kajian2 sebegini boleh diserahkan kepada jabatan penguatkuasa (yang serupa dengan jakim untuk halal-haram), yang memberi lesen pada penjual2 ubat tersebut, sebab susah untuk orang awam tahu perkara-perkara sebegini. Di UK, jabatan seperti MRHA adalah jabatan yg bertanggung jawab menjaga kepentingan pengguna dalam hal ini.

Masyarakat kita juga perlu diajar tentang ‘there is no quick-fix solution’ dalam setiap hal. Nak kurus, nak lawa, nak pandai, nak kaya, semuanya perlukan usaha yg sungguh-sungguh, berterusan, istaqamah, kesabaran dan jalan yang panjang. Skim cepat kaya bukan jawapannya.

Dalam post ini, tidaklah dapat saya memberi dengan detail satu persatu jenis-jenis ubat yang saya nampak menipu, tapi kalau ada pertanyaan mungkin kita boleh usahakan. Saya menulis atas amanah atas sedikit ilmu yang Allah kurniakan dan tiada kepentingan. Semoga Allah menerima tulisan ini sebagai amal jariah saya dan ditulis sebahagian dari kebaikan, Insya-Allah.

9 Replies to “Placebo”

  1. salam kak. nk share kat fb ye. cannot tahan from sharing sebab saya pun risau dgn lambakan ubat2/kosmetik yg belum tentu in vivo toxicology-nye. research group kami mmg ada cita2 utk buat scientific evaluation on commercial traditional medicine. semoga cita2 kami tercapai (i.e doakan la smoga kami muda dapat grants ! =P )

    p/s: rajin2 la menulis lagi. saya da mcm addict pulak, every 3-4 days tgk ada update x.. =D

      1. Salam. Btol tu kak. Kadang2 Er pon tak tahan dengan godaan2 product kat FB. Dengan ubat nak kurus la, pencerahan kulit la. Klo tgk dia punya gambar testimoni dorang, bleh buat kita cair & terasa macam nak cuba. Yang lagi kesian, product2 tu bknnya murah. Beratus jugak la.. Melayang duit tapi hasilnya KOSONG.. 🙁

        1. Byk juga yg saya tengok claim dari professor sekian2 dari university sekian2, barang popular dari luar negara.. Dua2 nama prof pun tak wujud, atau kalau wujud pun takder kena mengena dgn produk, kat luar megara pun tak pernah dgr such produk..

  2. Assalamu’alaikum wrt..

    k.ellies, sy mmg silent reader blog akak..tgk tajuk entri akk kali nih ‘placebo’ membuatkan sy nak tergelak sbb lately husband sy selalu sgt sebut term tu.Mungkin die org hospital, sy pulak budak engineering yg fulltime housewife..hihihi. Saya pernah tanye die psl lambakan produk2 kosmetik dan ubat2 kurus yang hangat dipasaran skrg nih, betol ke dpt kelulusan KKM?? Dia pmacist, so die jwb pihak KKM hanya buat syarat just let them know tentang kewujudan produk2 tu.bukannye dorg buat kajian bagai psl ingredient produk2 tu sebelum bg kelulusan.hurmmmm..;(

  3. tula kak..1st dgr mcm xcaye je..then tnye plak kali kedua kot2 sy tersalah dgr..jwpn yg same..Bg sy, xbaik dorg bt kje mcm tu..huhu..if betol la bende nih, mmg sedih jgkla sbb rmai jgk yg tertipu..;(

Leave a Reply

Your email address will not be published.