Ada beberapa perkara yang salah dengan holiday kami kali ini. Kenapa? Nanti saya cerita.

copyright www.serikandiku.com
windmill... teringat masa kecik-kecik minum susu Dutch-Lady

Holland merupakan salah satu destinasi yang amat popular di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom. Antara sebabnya adalah ianya dekat dan sebab nak tengok bunga tulips. Tapi kami, walaupun dan nearly suku abad di sini, inilah kali pertama plan nak melawat Negara Belanda (walaupun dah banyak kali transit kat airport Schipol bila naik KLM) dan ingatnya dah alang-alang situ boleh visit Brussels sekali.

copyright www.serikandiku.com

 Kecewa

Selalunya, sebelum saya pergi ke mana-mana tempat untuk makan angin, saya akan cari banyak-banyak info tentang tempat tu, tambah-tambah lagi selalunya kami suka pergi tempat yang jarang orang pergi… tempat yang tak terlalu banyak pelancong, less touristy.. siapkan segala kelengkapan dan bekalan yang sepatutnya (bekal tak semestinya makanan.. hehe). OK, bab hotel dan tempat tinggal tak jadi masalah, saya dah book tempat yang agak jauh dari kotaraya Amsterdam, hotel yang cun dan family friendly kat a remote area of Zandfoort, dekat dengan laut di sebelah barat Holland.

copyright www.serikandiku.com
pemandangan ke laut dari balcony hotel kami.

Anyway, kesilapan saya kali ini adalah terlalu percaya dengan orang. Saya tahu yang cuaca Holland dan UK tak banyak jauhnya sepatutnya. Memandangkan musim sejuk kali ini di UK agak panjang dan masih turuh snow pada bulan March, saya ingat patutnya saya bawa bekal baju-baju sejuk untuk kami sekeluarga. Walau bagaimanapun, 2, 3 hari sebelum kami bertolak, bertalu-talu gambar-gambar dari facebook keluar dari pelajar-pelajar yang sedang berada di Amsterdam, berposing dgn bunga-bunga yang kembang cantik dan tidak lansung memakai coat atau jacket. Malah apabila di tanya samada  sejuk atau tidak, mereka menafikan dan mengatakan bahawa cuaca panas. Di sebabkan saya percaya dengan itu lebih dari website-website lain, saya membuat keputusan untuk membawa spring jacket sahaja untuk both saya dan Badrul, tapi bawak proper winter clothing untuk anak2, just in case. Lagipun, itulah berita yang paling terkini dan boleh dipercayai kan? Sebab datangnya dari orang-orang yang kita kenal.

 

copyright www.serikandiku.com
Central station Amsterdam

SILAP besar! Bila kami sampai, sejukkkk sangat sehingga both Badrul dan saya tidak boleh enjoy the scenery dan concentrate. Bahkan, beberapa hari kami di sana, banyak kali turun hailstones dan ice. Kami bukan tak biasa cuaca sejuk, masa hari nak tinggalkan Manchester pun still snowing, tetapi tanpa appropriate gear & clothing, kami memang tak larat. Berborak dengan locals, diorang cakap, sejak March, tak pernah sekali pun panas! Bunga-bunga pun belum kembang. So, kenapa lain dari yang kawan2 FB kata? Kami mengambil keputusan menangguhkan ke kawsan Keukenhof ke hujung-hujung holiday dengan harapan supaya at least adalah bunga yang blooming sebab saya sangat-sangat berhajat bergambar dengan padang tulip ala-ala filem hindustan. Bila kami ke Keukenhof, saya nampak beberapa (actually ramai) orang melayu (muka muda macam pelajar) yang bila tiba time nak ambil gambar mereka membuka jacket dan posing depan camera. Why?

 

copyright www.serikandiku.com
Dengan anak-anak. Nampak je posing depan bunga, tapi actually pasu bunga. Spring belum tiba, cuaca terlalu sejuk dan outside tulips masih belum berbunga. Masa ni saya pakai 4 lapis undersweater sebab sejuk.

Kenapa panjang saya tulis pasal benda ni? Kerana saya rasa marah! Saya rasa kesal dengan orang-orang yang tidak ikhlas memberi jawapan yang betul apabila ditanya. Mengapa jawap panas bila sebenarnya sejuk? Mengapa tak cakap belum ada bunga sekarang dan kalau boleh tangguhkan nak datang situ? Adakah kerana sebab mahu menjaga nama dan status? Malu sebab dah datang situ, kena lah cakap banyak bunga, dan sebab nak tunjuk lawa untuk gambar kenalah buka jacket. Pada anda, mungkinlah ianya perkara kecil, white lies and nothing really matter, tapi pada kami kesannya besar. Tapi, saya tak mahu salahkan sesiapa kecuali diri sendiri.. kenapalah saya cepat percaya?

 (nantilah saya cerita pasal bunga.. masa at the end of the holiday, and kalau nak tengok gambar bunga-bunga boleh visit FB page serikandiku.com)

Last-last, 2 days before balik, kami decide beli je lah coat, susah nak enjoy the holiday bila rasa tersangat sejuk and rasa sangat happy dengan pembelian tersebut. Takder pun dalam plan holiday untuk bershopping…. err.. really!

 

 The nice part 🙂

Ok, now saya dah luahkan kekecewaan saya terhadap benda ‘kecil’ tetapi boleh mengubah konsentrasi ini (bak kata Muhammad Ali, “it is not the big mountains ahead to climb that wear you out; it’s the pebble in your shoe”), saya boleh lah start cerita tentang pengembaraan kami kali ini 🙂

 

copyright www.serikandiku.com
basikal dan boat, typical dutch

 

Amsterdam

Sebelum saya sampai, saya fikir-fikir dalam kepala otak saya apa info yang saya tahu tentang Belanda. Yang ada, dia pernah menjajah Melaka (bangunan Steadhuys), lepas tu jajah Indonesia, cerita Natrah, legal Marijuana, red-light district etc. Sesampainya kami di sana, kami nampak banyakkkk sangat canals (parit) dan banyak rumah2 di bina samada bersebelahan atau diatas air mahupun rumah bot. Di situ jugalah datangnya nama Amsterdam, yang berasal dari perkataan Amstelredamme; a dam in Amstel river. Banyak jugak nampak rumah-rumah lamanya yang senget sebab kebanyakan rumah-rumah tersebut dibina dia atas tiang atas air. Level air di Amsterdam senantiasa di kawal rapi supaya kayu basah sentiasa basah, dan kayu kering sentiasa kering.

 

copyright www.serikandiku.com
level air sentiasa di kawal rapi di kota Amsterdam.

Semasa kurun ke 12, Amsterdam menjadi salah satu pelabuhan yang paling terkenal dalam dunia disebabkan juga oleh teknologi pembinaan kapal mereka. Saya terfikir, mana-mana negara yang menggunakan kelebihan yang ada pada rakyatnya (setiap negara/orang mempunyai kelebihan yang berbeza) akan menjadi kuat dan mampu menakluk dunia. Saya cerita juga pada Adam dan Lala tentang orang Melayu dulu-dulu juga merupakan pelayar yang hebat, cerita tentang Jack Sparrow dan Barbossa.. (nanti la bila free-free saya tulis la). Relevancenya pada kita sekarang adalah gunakan kelebihan yang ada pada kita untuk kita maju dalam bidang masing-masing, dan sekiranya kita pemerintah, gilap kelebihan yang ada pada masyarakat/rakyat dan jangan cuba menghalangnya.. (ni panjang cerita karang).

 

copyright www.serikandiku.com
the old boat, replica one of the old ship kepunyaan East India company yang belayar sehingga ke Indonesia... errr.. saya lupa namanya.

Basikal

Berbalik pada Amsterdam, seperkara lagi yang orang boleh perasan adalah banyaknya bilangan basikal dan penunggang basikal di mana-mana. Salah satu (useless) info yang melekat dalam kepala saya (tak tahu apesal bebenda macam ni boleh melekat) adalah bandar Amsterdam mempunyai lebih 800 ribu penduduk dan setiap seorang mereka mempunyai basikal, 60 ribu basikal hilang setiap tahun dan 7 ribu basikal dijumpai dalam sungai setahun.. hehe.. impressive tak? Adam bagitahu kat saya yang dia perasan bilangan orang yang obes di sana tidak sebanyak dengan di England, surely sebab basikal katanya.

copyright www.serikandiku.com
basikal..

 

copyright www.serikandiku.com
lagi basikal bawah jembatan
copyright www.serikandiku.com
parking lot untuk basikal
copyright www.serikandiku.com
lorong untuk basikal di mana-mana

(bersambung… cerita/kisah hidup penduduk tempatan/ orang-orang yang kami temui sepanjang kembara)

12 Replies to “Belanda (part 1)”

  1. Salam..

    Hahahaha.. Er paham perasaan akak. Er dulu pernah jugak kena tipu. Masa tu Er nak pegi Pulau Besar, Melaka. Asal tanya orang, semua kata best. Tempat best, perkhidmatan ok. Semua ok. Bila pegi.. Indah kabar dari rupa. Tempat OK cuma perkhidmatan KO. Hmm.. tp takpela.. Dalam penyesalan, ada pengajaran. Huhuuuu…

    1. takpe.. memang tak sama mendengar perkhabaran dan pergi sendiri.. sebab itlah mengembara lebih best dan bagus dari baca je dari buku dan internet… totally different

  2. salam..

    Saya pernah singgah Amstredam dengan 5 org kawan masa jalan2 europe…lama dulu..(year 1999). Kami dari jepun masa tu dan pergi masa summer break. Sebelum pi, kami buat part time utk kumpul duit dan bugjet pun cukup2 makan je. Apa pun, tour tu menjadi pengalaman manis yg tak boleh dilupakan bg kami ber5.Amsterdam antara tempat yg menjadi pilihan kami untuk singgah. Amsterdam mmg sgt unique..sy suka tgk boat2 kecil tepi cannal tu.Tapi masa pergi tu bukan musim tulip…itu yg terkilan tu.

    1. tu lah.. awak reminded me to write sambungan cerita belanda part 2, tak sambung lagi ni.. sibuk betul lately.. hehe

  3. ;;asslm… sis, u pegi dgn tour guide atau sendri… ? if u dont mind share tips sket…. i might going to amsterdam on 30dec’13… tq 🙂

  4. assalam akak,best dgr cite akak.teringin nak g sana,tapi xberskemptn lg.terigin nak shoot kat bunga tulip ala2 cite hindustan gituw.bestnye

Leave a Reply

Your email address will not be published.