Saya rasa, ramai antara ‘peminat’ saya tahu kot apa yang telah berlaku kepada saya baru-baru ini… Buat yang tak tahu, saya bagitahu lah.. infact, saya nak tulis je di blog ini supaya next time in the future saya boleh tengok balik post ni, sebab kalau kat FB senang nak hilang.

copyright serikandiku.com
bilamana kita sedar yang Allah melihat kita, dan malaikat mencatit setiap perbuatan kita, kita akan lebih berakhlaq dalam berhadapan dengan manusia, walaupun disebalik nama samaran dan di alam cyber.

 

Korang yang dah biasa dengan saya, sure perasan yg saya sangat suka mengajak kita semua berfikir, berfikir di luar kotak, berfikir secara critical, menongkah arus asalkan kita betul, bersemangat kuat etc. (link yg saya letak tu contoh je.. banyak lagi kot kalau rajin boleh selongkar). Dalam Facebook saya pun lebih kurang begitu juga tapi taklah deep sangat sebab segan takut kawan-kawan ingat saya poyo. Tapi satu benda yang saya tak pernah buat selama ini adalah mengaitkan fikiran-fikiran sebegitu dengan scenario politik Malaysia.

 

Setelah saya mencoret-coret dan conteng-conteng macam biasa status tersebut, saya rasa ragu-ragu samada untuk post atau tidak kerana saya tahu orang-orang malaysia agak sensitive dengan isu politik, lebih-lebih lagi sekiranya ianya berlawanan dengan kepercayaan mereka. Tapi saya kira, isu saya itu bukanlah tentang mana-mana pihak, more kepada cara berfikir dan yang paling penting perfikir di luar tempurung kotak. Dalam hati, sebelum saya click, saya kata kepada diri sendiri yang saya tahu berkemungkinan besar saya akan kehilangan beberapa orang kawan berbuat/menulis status begitu, popularity saya mungkin turun (macam lah saya popular kat FB), tapi, saya click lah, liLlahi ta’ala.

 

'the status'

 

Sorang dua kawan mula like.. saya rasa berdebar-debar. Kemudian beberapa komen masuk dan ada yang meminta saya membukanya kepada public sebab mereka mahu berkongsi dengan kawan-kawan mereka. Dalam hati yang agak keberatan (sebab saya kira boleh membuka pintu kepada orang-orang luar yang tidak mengenali saya), saya buka untuk public dengan harapan, sekiranya ia boleh dimanfaatkan oleh sorang dua, dapatlah kiranya dgnnya menjadi salah satu amalan soleh saya. Saya buka, keluar makan dengan family and then masuk tidur (sebab dah malam).

 

Keesokan harinya, saya bangun pagi, alangkah terkejutnya saya kerana post saya tersebut menjadi ‘viral’. Setiap detik, setiap saat, ada orang share dan like, tak kurang pula yang mengutuk-ngutuk saya dengan bahasa-bahasa yang kesat. Tapi saya tak kisah.. saya sebenarnya merasa overwhelmed sebab status yg tak seberapa pada saya tersebut disukai oleh ramai orang. Setakat hari ini (15th Apr 2013) dan setakat website (Jkk fan club, King Jason, Layar Minda) yg saya tahu share status saya (yang tak bestnya sebab diorang copy screen.. kalau direct terus ke FB saya kan lagi best?) jumlah ‘like’ status tersebut adalah 10,182, dan jumlah ‘share’  adalah 6,796 (and is still ticking). Saya ada nampak juga beberapa orang perseorangan yang copy-paste instead of share, tapi saya dah lupa siapa dan mungkin tak besar jumlahnya. Tambahan (May, 2013), Wardina Saffiyah OfficialPage share status tersebut, jumlah likes 13.5k, jumlah share nearly 10k.

 

copyright serikandiku.com
sedih melihat fitnah dan kelucahan menjadi perkara biasa dan permainan..

 

Tiba-tiba ramai yang mengenali saya. Tiba-tiba ramai yang suka. Tiba-tiba ramai yang mengherdik dan mencerca. Saya tahu ini adalah ujian dari Allah untuk saya.. saya benar-benar sedar akan hal itu kerana permulaannya saya dah kata liLlahi ta’ala. Dan disebabkan itu saya tidak rasa bangga dengan pujian dan saya tak rasa sedih lansung dengan cercaan. Bahkan, saya rasa humble dan malu kepada Allah sebab saya sangka saya ingin ‘menolong’ agama Dia (padahal Dia tidak memerlukan pertolongan), tetapi Dia melembutkan hati banyak orang untuk suka. Satu demi satu selepas itu status biasa saya dan gambar-gambar yang saya open kepada public orang like atau share. Saya merasakan ianya baik untuk dakwah, saya berazam untuk tulis banyak-banyak tentang kebaikan dan tentang islam supaya senang disebarkan. Saya linkkan personal FB saya kepada website ini.. dan seperti yang saya jangka, website saya menerima banyak serangan (saya tak akan perincikan benda ni).

 

Saya tak tahu mengapa orang ingin menyerang serikandiku.com. Saya bukannya blogger politik pun, saya hanya suka menulis tentang fikir, tentang kehidupan saya yang memboringkan, tentang melancong tengok-tengok negara orang, bebenda biasa ni.. Tapi, saya kongsikan cerita ini dengan pembaca semua. Pengalaman dan tarbiyah dari Allah datang dengan pelbagai cara. Dalam dealing dengan perkara-perkara ini, saya kena banyak-banyak belajar dari Baginda rasulullah (saw) dan cuba sedaya upaya saya untuk mencontohi akhlaq baginda. Banyak lagi perkara yang telah berlaku kepada saya rentetan dari peristiwa ini yang saya rasa tidak sesuai untuk saya cerita di sini tetapi inilah yang berlaku dalam hidup saya baru-baru ini.. dan inilah kehidupan saya.

6 Replies to “Kepoh”

  1. Salam, sy peminat blog nie sejak dari blogspot lagi.
    Yang sy perasan, ada friends dari FB sy yang share pasal politik tu.
    Sebelum ni sy yakin diorang tak “kenal” pun siapa akak.
    Kadang2 orang yang x reti put appropriate words untuk tulis pendapat, bila dah jumpa status/tulisan dari orang yang pandai tulis, terus share.Itulah yang terjadi pada sy.
    Teruskan menulis.
    Terima kasih.

    1. mohaini.. yer saya ingat awak memang selalu ikuti saya dulu dari zaman blogspot.. terima kasih 🙂 terima kasih atas sokongan selama ini, semoga saya terus menulis lilLahi rabbil ‘alamin

  2. salam ukhwah..
    saya sentiasa ternanti2 entry terbaru dari blog kak elies..sebab saya kira dari blog kak elies membuatkan saya mahu membaiki diri & hati saya dari hari ke hari..
    tsm..
    -hawa

    1. Salam ukhwah hawa.. terima kasih kerana mengikuti blog saya walaupun saya jarang update. Saya akan try to update more frequently, InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.