Kita ni, cepat sangat merasa lemah, letih, rasa nak give up. Kita rasa sedih sebab kita fikir kita dah buat semampu kita beberapa bulan atau tahun yang lalu, tapi tidak nampak hasilnya. Kita kurang sabar.

Sahabat2 yg dikasihi sekalian, seperti yang saya pernah cerita dahulu [kisah terbaik]. Allah menurunkan kisah nabi Yusuf a.s untuk menghiburkan hati Rasulullah saw yg sedang bersedih. Tapi sedih Nabi bukan sedih give up. Sedih nabi tidak membuatkan baginda berputus asa. Tidaklah cerita-cerita di dalam Kitab diturunkan melainkan untuk kita ambil iktibar darinya.

 

copyright serikandiku.com
kisah perjalanan hidaup para nabi untuk kita teladani

Baru-baru ini saya telah sempat merakam sedikit (daripada ceramah, kelas pengajian dan pembacaan, bukan tafsiran sendiri kerana al-Quran tidak boleh ditafsir sendiri) pelajaran yang boleh kita kongsi dari sirah beberapa Rasul ‘ulul ‘azmi. Mereka dipanggil dengan gelaran sedemikian disebabkan semangat kental yang mereka tunjukkan. Cerita detail tentang mereka satu persatu bolehlah anda rujuk kepada ahli atau kitab2 muktabar, tetapi di sebabkan kekangan masa dan ruang, saya ingin hanya mengambil inti-pati kekuatan mereka.

 

Nabi Nuh a.s

 

Cerita mengenai Nabi Nuh banyak dirakamkan di dalam al-Quran. ( 7: 59-64, 10:71-73, 11:25-49, 21: 76-77, 23: 23-30, 26: 105-122, 29: 14-15, 37: 75-82, 54: 9-17, 71: 1-28). Nabi Nuh adalah kisah untuk menjadi seorang yang sabar dalam berdakwah. Sabar dalam berjuang untuk menegakkan kebenaran.

 

 قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلًا وَنَهَارًا فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلَّا فِرَارًا

وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا

ثُمَّ إِنِّي دَعَوْتُهُمْ جِهَارًا ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنْتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَارًا

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا

Nuh berkata: “Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat.

Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terang-terangan, kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam-diam. maka aku katakan kepada mereka: “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Surah Nuh (71: 5-10)

 

Lihat sirah Nabi Nuh. Baginda berdakwah kepada kaumnya pagi dan petang, sepanjang masa. Kita baru cakap sejam (atau kurang) dah cepat2 give up. Beliau juga mengajak mereka secara terbuka dan secara sembunyi. Nabi Nuh menggunakan pelbagai cara untuk berdakwah. Tapi apa yang pengikutnya buat? Tutup telinga dengan jari! Selubung dgn pakaian! Makin lari jauh dari Tuhan. Kalau kita setakat di hide oleh kawan di FB janganlah nak samakan perjuangan kita dgn Nabi Nuh. Baginda berterus-terusan berdakwah pagi dan petang, sembunyi dan open selama 950 tahun! Berapa orang pengikut baginda? Hanya 13 orang (29:14). Adakah Baginda gagal? Tidak! Sebab kejayaan itu bukan diukur dgn bilangan pengikut baginda, tetapi dengan kesabaran yg berterusan yang baginda tunjukkan.

Apa lagi ujian Nabi Nuh? Apabila baginda diperintahkan membina kapal di satu kawasan yg tiada sungai. Logik tak? Tak logic mengikut akal fikiran, tapi baginda mengikut petunjuk wahyu. Ini menambahkan lagi ejekan kaumnya. Tapi Nabi bersabar. Tentang cerita banjir besar yang melanda kemudiannya kita semua sudah maklum.

 

Apa lagi ujian Nabi Nuh? Apabila dakwahnya kepada anaknya sendiri tidak diterima. (11: 42-43). Adakah Nabi dikira nabi yg gagal sebab gagal mendidik anak kandung sendiri? Tidak! Dakwah kepada ahli keluarga adalah antara dakwah yang paling susah. Dan Allah ceritakan kisah ini di dalam Quran for a reason, untuk kita ambil iktibar darinya.

copyright serikandiku.com
Dakwah kepada ahli keluarga sendiri selalunya merupakan dakwah yang paling susah.

 

Nabi Ibrahim a.s

 

Nabi Ibrahim alkhalil antara nabi yang banyak menemui cabaran yang boleh kita pelajari. Ujian pertama baginda adalah terhadap ayahnya sendiri yang menyembah berhala. Dia memberi nasihat yang amat lembut kepada ayahnya:

 وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِبْرَاهِيمَ ۚ إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَبِيًّا

إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لَا يَسْمَعُ وَلَا يُبْصِرُ وَلَا يُغْنِي عَنْكَ شَيْئًا

يَا أَبَتِ إِنِّي قَدْ جَاءَنِي مِنَ الْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ فَاتَّبِعْنِي أَهْدِكَ صِرَاطًا سَوِيًّا

يَا أَبَتِ لَا تَعْبُدِ الشَّيْطَانَ ۖ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلرَّحْمَٰنِ عَصِيًّا

يَا أَبَتِ إِنِّي أَخَافُ أَنْ يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِنَ الرَّحْمَٰنِ فَتَكُونَ لِلشَّيْطَانِ وَلِيًّا

قَالَ أَرَاغِبٌ أَنْتَ عَنْ آلِهَتِي يَا إِبْرَاهِيمُ ۖ لَئِنْ لَمْ تَنْتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَ ۖ وَاهْجُرْنِي مَلِيًّا

قَالَ سَلَامٌ عَلَيْكَ ۖ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّي ۖ إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيًّا

وَأَعْتَزِلُكُمْ وَمَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَأَدْعُو رَبِّي عَسَىٰ أَلَّا أَكُونَ بِدُعَاءِ رَبِّي شَقِيًّ

Ceritakanlah (hai Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Al Kitab (Al Qur’an) ini. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan lagi seorang Nabi. Ingatlah ketika ia berkata kepada bapaknya: “Wahai bapakku, mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikit pun? Wahai bapakku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, niscaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus. Wahai bapakku, janganlah kamu menyembah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu durhaka kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. Wahai bapakku, sesungguhnya aku khawatir bahwa kamu akan ditimpa azab dari Tuhan Yang Maha Pemurah, maka kamu menjadi kawan bagi syaitan”. Berkata bapaknya: “Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, hai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti, maka niscaya kamu akan kurajam, dan tinggalkanlah aku buat waktu yang lama”. Berkata Ibrahim: “Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan meminta ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku. Dan aku akan menjauhkan diri daripadamu dan dari apa yang kamu seru selain Allah, dan aku akan berdo’a kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdo’a kepada Tuhanku”. Maryam 19: 41-48

 

Lihat bagaimana cara Nabi Ibrahim berdakwah kepada ayahnya. Nasihat beliau lembut dan mengajak ayahnya melihat kepada sebab-sebab yang logik. Apabila beliau dimarahi oleh ayahnya, beliau mendoakan kembali tanpa megunggapkan kata2 yang kasar dalam masa yang sama menegaskan yang beliau tidak akan terlibat dengan fahaman ayahnya.

Teladani kecekalan Nabi Ibrahim, dari zaman muda baginda hingga ke usia tua baginda.

 

Beliau juga diuji dengan dibakar dgn api (29: 24-25) dengan cerita beliau mengapak berhala  (21:58-61), dengan Namrud (2: 258) iaitu dengan pemerintah yang angkuh, rebellious dan materialistik. Namrud mengaku yang dia berkuasa untuk memberi apa sahaja kepada rakyatnya termasuk memberi hidup dan mati. Namrud juga dikatakan mengawal segala makan dan pakai rakyatnya, siapa yg tidak menurut katanya akan menerima tindakan. Inilah contoh pemerintah yang zalim. Namrud menerima balasan dari Allah hanyalah dengan serangga yang kecil… nyamuk.

 

Cerita yang paling terkenal dengan Ibrahim a.s adalah kepatuhan baginda dengan suruhan Allah tanpa banyak soal. Apabila baginda diperintahkan Allah untuk berpindah ke kawasan padang pasir, meninggalkan anak isteri di tengah panas, baginda lakukan sahaja tanpa banyak songeh, tanpa rasa nak tunggu seruan or nak tunggu ikhlas. Tak pun banyak tanya, macam mana dengan isteri dan anak (yg susah nak dapat tunggu lama baru dapat) duduk kat tempat takde air?

Contohi keperibadian Siti Hajar dalam meyakini Allah dan mematuhi suami.

 

 

Isteri Ibrahim juga seorang yang patuh, tidak komplen bila dia tahu dia dan anak kecil ditinggalkan tanpa bekalan di padang pasir kerana perintah Allah. Dia amat yakin dengan Allah walaupun bimbang pada mulanya tentang bekalan air, berlari-lari kesana kemari, sehingga akhirnya perbuatan hajar di ikuti oleh berbillion2 muslim hingga ke hari ini. Sebagai seorang ibu saya amat memahami kebimbangannya. Bagaimana kelembutannya sebagai seorang ibu, kesabarannya mematuhi perintah Allah, kepatuhannya mengikut suruhan suami sangat patut kita semua para wanita contohi. Saya pernah cerita pasal ini dalam beberapa post yg lalu [kasih ibu dan isteri].

 

Setelah Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya di tengah padang pasir, beliau mendoakan untuk mereka (Ibrahim 14: 35-41), pengajaran untuk para suami/ayah untuk selalu mendoakan isteri dan anak. Doa ini sangat baik untuk diamalkan oleh para ibu-bapa. Dalam kita melihat perjalanan hidup nabi Ibrahim, baginda adalah seorang yang tidak putus-putus berdoa.

 

Nabi Ibrahim adalah seorang yang selalu berdoa

Sebagai seorang ayah juga, nabi Ibrahim diuji untuk mengorbankan anak kesayangannya yg diperolehi pada usia tua (37: 102-105). Both ayah dan anak mematuhi perintah Allah dengan sabar dan yakin, dilakukan tanpa lengah, tanpa banyak cekadak. Ini adalah kisah keyakinan dan pengorbanan. Pegorbanan benda yang paling disayangi hanya untuk Allah. Apakah yg kita korbankan untuk Allah? Tanya diri sendiri dan jawab dengan ikhlas.

Muhasabah diri kita, apakah pegorbanan kita untuk Allah.

 

Dengan sebab ujian-ujian tersebut Allah menjadikan Ibrahim dan keturunan baginda sebagai imam (ikutan) kepada orang2 yang bertaqwa. (2: 124).

وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ

 Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia”. Ibrahim berkata: “(Dan saya mohon juga) dari keturunanku”. Allah berfirman: “Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim”. Al Baqarah 2: 124.

 

Ini adalah sebahagian kecil sahaja yang sempat saya nukilkan di sini. Bacalah kisah2 anbiya, kajilah sejarah, bukan setakat untuk hiburan dan mengisi masa lapang, tetapi untuk diambil ibrah daripadanya, untuk kita contohi, mengapa mereka ini kekasih Allah.

Rujukan:

1. Stories of the Prophets (Qisasul anbiya’). Imam Imaduddin AbdulFida Ismail Ibn Kathir. Ad-Damishqi 700-774H. Darussalam (Riyadh) 2003.

2. Pendakwah Bukan Pelampau (Du’atun la Bughatun 1970 Kaherah). Dr. Ali Jarisyah. Penerbitan Hizbi (Selangor) 1985.

One Reply to “Menekuni perjuangan para Rasul a.s”

  1. lama tak baca blog akak. and this post really slammed on my un’mancung’ nose! I guess being the pioneer and doing things people never done, I must have extra courage and determination. and I have to think back, what is the ultimate purpose of doing all these research, this PhD thing. thanks kak. your blog never fail to help me in muhasabah =)

Leave a Reply

Your email address will not be published.