Dari mata turun ke hati.. eye, the door to the soul, mata salah satu dari panahan syaitan. Kadang-kadang tengok gambar lukisan, lihat pada mata yang seakan hidup pun boleh rasa seram.
وَإِنْ يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ
“sesungguhnya, orang yang kafir itu hampir-hampir mengalahkan kamu dengan tenungan mata (sihir) mereka..” al-Qalam: 51
Apa ada pada mata?
Saya nak bagi satu ekperimen, cuba tengok gambar ini
Tengok gambar disebelah kanan.. Nampak normal je kan? Cuba tengok gambar yang sama, tapi kali ni terbalikkan screen (kalau tengok guna ipad/phone lock the rotation mode) atau tengok terbalik je la.. apa yang anda nampak?
Cuba fikirkan juga bila anda berborak dengan seseorang yang berpurdah, dengan matanya sahaja anda boleh tahu dia senyum atau sebaliknya. Bagaimana mata anda bila anda melihat sesuatu yang anda sangat suka (jualan murah sebagai contohnya.. hehe..)
Ok lah. Nak cerita sikit tentang mata.. maklumlah saya keje bahagian mata.
Untuk familiarize dengan mata, ni gambarajah mata dan bahagian-bahagiannya.
“Mata telah rabun, bandar pun terbuka
Gigi telah gugur, tebu pun menjadi”
Apa ada pada mata?
1. Berfikir
Bila kita berfikir, lagi susah benda yang kita fikir, lagi besar pupil (anak mata) kita (1).
2. Otak nak meletup!
Bukan literally… maksudnya, kalau benda yang susah sangat kita fikir dalam (1) tadi, kalau terlalu serabut pupil kita jadi mengecik (2).
3. Otak rosak 🙁
Kalau tengok cerita ER atau drama kan nampak doctor suluh lampu dalam mata orang yang eksiden, untuk pastikan yang yang otak orang tu still berfungsi. Diorang gunakan singkatan perkataan PERRL: pupil mesti equal, round dan reactive to light.
Teringat masa kecik-kecik selalu main lampu suluh tengok anak mata kat cermin, suluh je kat mata cepat-cepat pupil mengecik..
4. Kita berminat
Kalau korang nak tahu benda yang korang borakkan tu menarik minat orang atau tidak, tengok mata dia. Kalau anak mata membesar maknanya berminat (3). Dikatakan zaman dulu-dulu saudagar emas guna ilmu ni masa jual emas kat pompuan. Bila dia turunkan harga sikit demi sikit, bila dia nampak harga yang pompuan tu suka (nampak biji mata dia membesar) dia dah takmo kurangkan lagi harga .. so korang.. kalau menawar harga try jgn pandang muka penjual.. hehe..
5. Sexually aroused
Err.. takyah cerita banyak.. ni yang dikatakan dari mata turun ke hati, turun ke ** dan juga mata salah satu panahan syaitan (kalau tak halal).. boleh tengok sini (4).
6. Menyampah
Sama jugak kalau suka mata terbeliak bila suka, tapi bila kita tak suka, anak mata kita mengecik bila tak suka, ada kajian yang menunjukkan orang ditayangkan gambar kanak-kanak tercedera, pada mulanya mata dia terbeliak (sebab terkejut) kemudian mengecikkan anak matanya untuk mengelakkan tengok gambar tu lebih lagi (5).
7. Sakit
Bila sakit, anak mata membesar (6).. tak caya? Cubalah..
8. Orang yang hisap dadah
Dadah, arak boleh menyebabkan anak mata mengecik (7). Dadah seperti cocaine buat anak mata besar.. boleh try tanya kat pakcik polis yang buat sekatan jalan kot..
Sampai sini je kot dulu.. tulis panjang-panjang pun bukannya baca nanti.
p/s: kadang-kadang rasa pelik berbual dengan orang yang pakai contact lens colour, rasa macam mata dia terbeliak sepanjang masa..
فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
“sesungguhnya yang buta itu bukanlah mata, tetapi hati di dalam dada..” al-Hajj: 46
Reference
1. Hess EH, Polt JM. Pupil Size in Relation to Mental Activity during Simple Problem-Solving. Science. 1964 March 13, 1964;143(3611):1190-2.
2. Poock GK. INFORMATION PROCESSING VS PUPIL DIAMETER. Perceptual and Motor Skills. 1973 1973/12/01;37(3):1000-2.
3. Goldwater BC. Psychological significance of pupillary movements. Psychological Bulletin. 1972;77(5):340-55.
4. Bernick N, Kling A, Borowitz G. Physiologic differentiation of sexual arousal and anxiety. Psychosom Med. 1971;33(4):341-52.
5. Pupil size and affect: A critical review of the literature since 1960, (1973).
6. Chapman CR, Oka S, Bradshaw DH, Jacobson RC, Donaldson GW. Phasic pupil dilation response to noxious stimulation in normal volunteers: Relationship to brain evoked potentials and pain report. Psychophysiology. 1999;36(1):44-52.
7. Richman JE, Golden McAndrew K, Decker D, Mullaney SC. An evaluation of pupil size standards used by police officers for detecting drug impairment. Optometry – Journal of the American Optometric Association. 2004;75(3):175-82.
Salam Dr Mata
Bagus info Dr ni terutama yang otak nak meletup dan menyampah tu…boleh cuba ni..haha
hehe.. macam manalah cara awak nak cuba ni..