Saya ingat, saya nak cerita sikit pasal kerja saya sebab ramai orang tak pernah dengar tentang cabang ‘medical engineering’. Saya kira ianya agak baru di Malaysia berbanding dengan cabang2 engineering yang lain.
Apakah medical engineering? Ianya actually satu bidang yg luas, meliputi apa2 benda engineering (ciptaan manusia) yang digunakan dalam bidang perubatan, dari yg luar badan manusia (imaging, x-ray, mesin bantu pernafasan, mesin bersih buah pinggang) sehinggalah kepada apa2 yang ditanam dalam tubuh badan manusia (pace-maker, sendi tulang besi, injap jantung palsu, tulang besi etc.).
Bidang saya sendiri lebih tertumpu kepada biomaterial, benda2 ciptaan manusia untuk tujuan impantation dan saya specialise dalam bahagian mata. Kenapa ianya penting? Pernah tak kita terfikir yang kadang2 ada rejection bila orang dapat pindahan organ dari orang lain? Kenapa pula ada yang tiada rejection? Bagaimana tubuh badan kita boleh me’nyah’kan kuman dan bendasing dalam tubuh tetapi ibu yg mengandung tidak pula membuang anak dari dalam badan?
Ini adalah kerana pada setiap permukaan organ, atau bendasing yg ada dalam tubuh kita ada beberapa jenis receptors (macam lubang kunci), yang samada dikenali atau tidak oleh sel2 pelindung (terutamanya dalam sel darah putih dan anti-bodies) yang bertindak macam kunci.. so mana yang muat, kira ‘kawan’ dan tidak diserang, mana yang dia ‘tidak kenal’ dia akan serang besaran2. Ini adalah hanya secara yang sangat ringkas.
Saya semenjak belajar ilmu ini, terasa semakin kagum dengan kebesaran Allah, cantik sungguh ‘bahasa’ yang Dia gunakan dalam ciptaannya, sungguh halus dan teliti, tiada satu ciptaan pun yang tiada berguna, dan masih banyak lagi yang masih belum difahami walaupun saintis berkumpul seluruh dunia untuk memahaminya.
Tidak hairanlah firmanNya mencabar manusia,
قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri. (Al-Isra: 88)
وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (Al-Baqarah: 23)
Dalam mencipta material yang digunakan untuk tujuan biomaterial ini, kita terlebih dahulu perlu faham bagaimana tissue yang normal berfungsi di dalam tubuh dan apa target ciptaan kita tersebut. Sebagai contoh, bila kita nak mencipta (err..) sebuah saluran darah (blood vessel), kita perlukan endothelial cells (sejenis sel di dalam empulur darah) untuk melekat dan membiak di dalam empulur, tetapi dalam masa yang sama, tidak mahu apa-apa sel pun melekat di luar saluran terebut. Jadi dari segi designnya, kita membuat saluran tersebut yang hidrophilik (suka air) di dalam saluran, tetapi hidrophobik diluar saluran. Bagaimana membuat dan mengetahui hydlophilicity tersebut? Disinilah kita melakukan ujikaji untuk mengubah sifat permukaan (surface property) sesuatu biomaterial dengan cara samada mengubah sifat kimia, treat dengan plasma, attach dengan sejenis protein dan sebagainya. Kami melakukan water-drop analysis untuk mengetahui sifat sesuatu permukaan.
Lagi kecik sudut yang dibuat dengan permukaan, lagi ‘suka-air’ permukaan tersebut.
Sel bersikap seperti air. Kalau dia senang melekat kat sesuatu permukaan, maka dia akan membiak di situ. Pernahkan anda tengok permukaan jaket kalis air, daun keladi, permukaan payung, atau Teflon yang coating kuali tidak melekat anda? Itulah contoh2 permukaan ‘tak suka air’.
Selain dari sifat permukaan, property mekanik (mechanical property) sesuatu bahan tersebut juga penting. Samada nak yang lembut, atau yang keras, atau yang nipis, atau yang lutsinar etc. So, ahli-ahli biomaterial perlu mengetahui kedua-dua sifat bahan dari segi material dan juga dari segi ilmu tubuh-badan manusia. Dan sebab itulah saya sangat-sangat meminati bidang ini, sebabnya, saya nampak dan cuba memahami apa yang Tuhan sekalian alam cipta dan betapa sungguh menakjubkan ciptaanNya.
(bersambung…)