(bukan bermaksud kepada manusia, tetapi buat as in to build a human.. hehe)

Sambungan dari Buat manusia siri 1..

 

Satu lagi element penting dalam research saya seperti yang saya beritahukan dahulu dalam post PhD adalah tentang tissue engineering. Apakah yang anda faham tentang tissue engineering?

Pernah dengar tak orang sebut pasal stem cell, cloning, nano technologi? Ke memang korang malas nak ambil peduli? Cerita-cerita atau gambar-gambar dibawah ini suka disensasikan oleh surat-suratkhabar lebih-lebih lagi tabloid.

copyright www.serikandiku.com[Perkara-perkara yang selalu disensasikan oleh media

 

Tissue engineering secara ringkasnya adalah ilmu kefahaman fungsi tentang tubuh badan, dan bagaimana untuk memulihkan atau menggantikan fungsi tubuh badan yang rosak kembali kepada kadar normal.

from wikipedia
Dasar-dasar ilmu tissue engineering

 

 

 

Dari segi jalan dan caranya pula, adalah dengan cara mengambil sel (yang elok dan sihat dari pesakit), di-kembang-biakkan di dalam makmal, dibiakkan di atas ‘scaffold’ (err.. acuan? Binaan?) dan kemudiannya menanamnya semula ke dalam pesakit tersebut. Sebelum kita berjalan lebih jauh lagi, mari saya nak fahamkan ada semua tentang beberapa perkataan. OK lah, kalau korang dah boring nak baca, atau dah mengantuk dan nak tertido, fahamkan benda ni aja untuk kali ni. Perpindahan sel atau tissue dari seorang manusia ke dalam dirinya sendiri (manusia yang sama) dipanggil ‘autograft’ (bukan autograph yg kita mintak kawan kita sign masa kecik-kecik atau yang mintak kat celebrity tau). Dari sorang manusia (haiwan) kepada manusia (haiwan) yang lain tetapi masih didalam species yang sama dipanggil ‘allograft’ manakala perpindahan antara species dipanggil ‘xenograft’. Gambar kat bawah ringkasannya.

copyright www.serikandiku.com
hafal ni je..

 

Masih berjaga? Belum tertido?

Kelebihan menggunakan autograft adalah, seperti yang saya kata dahulu tentang rejection,system immune badan kita ‘kenal’ dengan benda dari badan kita sendiri, jadi risiko rejection kurang. Akan tetapi, ada sesetengah orang yang tidak boleh memberi kepada dirinya sendiri samaada sel atau tissue mereka telah rosak teruk (contoh permindahan buah pinggang) maka dia perlu menerima dari orang lain yang ‘compatible’ (serupa saiz, sama jenis darah etc.). walaupun ada risiko rejeksion, tapi risiko yang lain agak kurang berbanding pemindahan antara species, contohnya injap di dalam jantung yang menggunakan tissue yang di’nyah’ sel. Aapa maksudnya?

Sel mesti duduk atas membrane, macam korang susun kerusi.. kerusi mesti duduk atas lantai. Kalau kerusi itu sel, dan lantai itu membrane, kedua-dua benda ni boleh diceraikan.

copyright www.serikandiku.com
bagaimana analogi kerusi duduk atas lantai

 

Ok, so far korang dah tahu, untuk tanam dalam badan manusia, boleh samada dengan biomaterial seperti yang saya tulis buat manusia 1 [link] atau melalui tissue yang berasal dari biologi yang natural (penerangan di atas).

Bagaimana pula kombinasi kedua-dua benda sekali? Kombinasi benda biologi natural dan biomaterial buatan manusia? Inilah bidang saya 🙂 jeng jeng jeng…

Kajian yang saya buat adalah, menggantikan membrane yang rosak (lantai) dan kemudian menyusun sel-sel yang lama dari pesakit (atau sel yang serupa dengan sel yang lama dari pesakit) i.e susun kerusi-kerusi yang asal (atau kerusi-kerusi yang serupa seperti kerusi asal) atas lantai yang baru, kemudian menanamnya kembali kedalam pesakit. Faham tak?

 

copyright www.serikandiku.com
Bagaimana susun kerusi atas lantai yang baru sebab lantai yang lama dah rosak

 

 

Sudah tentu korang dah penat.. ok kita bersambung lagi..

(pelajaran pendek-pendek supaya korang cepat hadam dan ingat)

copyright www.serikandiku.com
research saya telah menang award di institute of Mechanical Engineering UK (health division) yang bertempat di London pada 2012 :). Maaf nama penuh dan tajuk penuh terpaksa saya rahsiakan.

BTW, korang dah komen kat FB, kat blog saya takder komen 🙁 sedeh..

3 Replies to “Buat manusia (Siri 2)”

  1. Thanks for sharing Elies. Rejection boleh terjemahkan sebagai penolakkan :)… Saja nak komen..gatal nak menaip. Bagi saya ini pembacaan ilmiah dan sangat menarik. Good job.

  2. As salam k. Elies..saya excited bc hasil nukilan akk kali ini sebab sy suka mendalami info yg terkini berkenaan engineering field.
    Very interesting work that u have there. Tp saya lebih berminat nk tahu what type of membrane yg k.elies guna skg utk menggantikn membrane yg lama. U mentioned about biomaterial membrane, but i just curious to know details of the membrane raw material. Bdw, for your info i am currently studying polymer membrane in gas-liquid separation for my phd course. So now u know why i am soo into that membrane thing..hehe. Opss…i noticed the name of polyurethane in your article..so is that your raw material tht you are using? Sorry for the lengthy comment 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.