Kali ni saya nak cerita tentang peniruan..
Kali pertama saya perasan orang copy paste post saya adalah semasa blog saya masih di peringkat permulaan. Dia meniru sebiji-sebiji ayat saya mengenai anak-anak saya dan suami saya tapi cuma menukar nama. Saya terperasan website dia sebab mengikut webmaster tool saya, website yang paling banyak menjengok ke website saya adalah website tersebut, jadi out of curiosity saya ternampak lah benda tu.
Kata orang putih, ‘imitation is the sincerest form of flattery’, i.e orang tiru kita sebab dia nak jadi macam kita. Contohnya anak tiru apa mak dia buat, yang ini saya boleh terimalah. Ini zaman takder facebook, jadi tak tahulah berapa banyak yang tiru.
Bila dah ada facebook, masa kali pertama saya perasan orang copy paste status saya, perasaan saya bercampur-baur. Perasaan suka sebab message saya akan tersebar luas dan perasaan tak suka sebab orang ambik nama saya padahal saya yang karang benda tu dan telah mengambil banyak risiko menulis status tersebut. Saya juga geram pada pihak-pihak yang copy paste status saya seolah-olah dia yang menulis status tersebut, dan supaya banyak rangking pada page dia. Saya sedar, saya bukannya orang yang terkenal, saya hanya sekadar penulis picisan, tapi saya tahu erti kecewa penat lelah yang tidak dihargai. Orang yang seperti saya memang tak sama bilangan ‘like’nya berbanding orang yang popular.
Saya jenis orang yang suka menjaga ilmu. Kalau perasan dalam post saya di dalam facebook atau blog, saya selalu meletakkan reference. Ada perbezaan dalam reference/citation dalam tradisi budaya ilmu Islam dan barat (yang kebanyakannya bukan Islam). Dalam budaya Islam, sanad atau chain sesuatu ilmu itu dijaga supaya kita boleh kesan siapa dengar dari siapa, supaya kita betul-betul pasti yang imu itu diturunkan dan disalurkan dengan betul, oleh orang-orang yang penuh amanah dan dipercayai. Orang yang pernah menipu sebagai contoh, ditolak periwayatannya. Dan dengan cara kesan begini, ilmu itu dijaga kemurniannya. Kalau ada yang kita tak pasti, kita boleh cuba ikut susur galur ilmu tersebut untuk bertanya kesahihannya.
Dalam stail barat pula, reference penting sebab orang nak jaga nama dia. Dia nak orang tahu dia yang first tulis/cakap/jumpa perkara tersebut, jadi segala penat lelah dia terjaga. Ada juga element untuk mencari kesahihan, terutamanya dalam cabang ilmu sains dalam bidang saya sebagai contoh, untuk kita kesan original author untuk kita bertanya sekiranya ada yang kita kurang pasti.
Yang penting, kita kesan asal sesuatu kerja/penulisan supaya kita boleh kesan dan tahu lebih lanjut apa maksud penulis asal. Dan sebagai terima kasih kita kepada dia perpenat lelah dia memikirkan atau membuat kajian sampai dia tiba kepada hasil tersebut.
Dalam kehidupan saya sehari-hari, antara orang yang paling saya tak suka adalah ‘the credit taker’, orang yang menjadi sapi kepada lembu. Bukan dalam orang negara kita je ada yang macam ni, omputih pun ada yang macam ni. Orang macam ni selalunya ada kepentingan sendiri, dia nak naik atau dapat pujian menggunakan idea orang lain.
Dalam perniagaan pula, orang yang suka meniru ini adalah orang yang kurang berinovasi. Dia tak boleh fikir sendiri, dia tengok ciptaan orang lain mendapat untung, lalu dia buat ‘barang tiruan’. Selalunya dia buat lebih murah sebab dia tak perlu bayar kepada designer yang asal, akhirnya perbuatan dia boleh memberi kesan kepada peniaga yang asal. Dalam fesyen dan ciptaan, resepi dan sebagainya, ada satu garisan yang agak blur diantara inovasi dan persaingan. Tapi kita tahu, kalau garisan itu telah dilangkah.
Saudara-saudari yang dikasihi sekalian, yakinlah dengan keupayaan diri sendiri dalam mencipta atau memberi pendapat. Atau, sekiranya kita rasa pendapat orang itu bagus, maka sebarkanlah pendapat yang berguna tersebut, tetapi janganlah lupa memberi credit kepada tuannya. Dalam FB, gunakanlah button ‘share’ itu daripada copy then paste, dan lebih buruk lagi bila menyamar seolah-olah dia yang punya. Amalkan sikap jujur dalam diri. Masyarakat kita tak akan boleh maju jauh sekiranya daya saing dan berinovasi itu lemah berbanding dengan budaya meniru.