Kalau zaman kita kecik-kecik, time cikgu suruh kita contohi seseorang, tentu kita akan tengok dia, try ikuti apa, cara dan bagaimana yang dia buat, yang menyebabkan cikgu suruh ikuti dia.

Well, dah tua-tua ni, saya terfikir pulak tentang satu cerita. Ingat tak kisah tatkala Rasulullah saw memberitahu Fatimah ra bahawa dia bukanlah wanita pertama yang masuk ke syurga?

copyright serikandiku.com
Pandangan kita terhadap sesuatu perkara sentiasa dan sepatutnya berubah, seiringan dengan perubahan umur

Wanita yang pertama masuk ke syurga adalah Ummu Mutiah, yang akan menarik kenderaan yang membawa Fatimah ra ke syurga. Fatimah yang terasa begitu ingin tahu mengenai Ummu Mutiah telah pergi ke rumahnya untuk mengetahu mengapa dia (orang-orang soleh zaman dahulu, jealous bab2 berbuat kebaikan, tak macam kita sekarang, suka jealous bab harta benda dunia). Sesampainya Fatimah ke rumah Ummu Mutiah, beliau mengetuk pintu lalu ditanya kepadanya siapakah dia. Fatimah mengenalkan dirinya sebagai Fatimah anak Rasulullah saw, tetapi Ummu Mutiah menyuruh Fatimah datang keesokkan harinya setelah dia minta kebenaran dari suaminya untuk menerima Fatimah ke rumahnya. Lihat, betapa dia begitu memuliakan suaminya sehinggakan anak Rasulullah saw nak bertandang masuk kerumahnya pun masih dimnta kebenaran.

Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke sy urga dari pintu mana sahaja kamu suka.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani)

Keesokkan harinya, Fatimah datang tetapi kali ini membawa Hassan dan Hussein bersama. Setelah mengetuk pintu rumah Ummu Mutiah, apabila beliau terlihat akan kedua-dua putera Fatimah, dia memberitahukan dengan penuh rasa kemaafan bahawa Fatimah masih belum boleh masuk kerana dia belum meminta kebenaran untuk Hassan dan Hussein masuk dan supaya datang keesokkan harinya. Waniuta ini begitu prihatin walaupun anak-anak Fatimah masih kecil, tetapi kerana belum meminta kebenaran dari suaminya.

copyright serikandiku.com
Bagaimanakah kita berbanding dengan wanita pertama yang masuk ke syurga?

Keesokkan harinya Fatimah ra, seorang wanita penyabar datang, dan kali ini pintu dibuka dan beliau dan kedua-dua putera beliau dipersilakan masuk. Fatimah berbual-bual dengan Ummu Mutiah dan memberitahunya berita gembira tentang beliau menjadi wanita pertama ke syurga. Tetapi, sepanjang perbualan, Ummu Mutiah nampak bimbang dan asyik menjengah-jengah ke luar tingkap.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. Furqan: 74

Tiba-tiba, Ummu Mutiah cepat-cepat meminta maaf kepada Fatimah kerana katanya suaminya akan pulang sebentar lagi. Fatimah memerhatikan sahaja gelagat Ummu Mutiah. Ummu Mutiah cepat-cepat menyediakan segelas air, sebatang kayu dan menarik kainnya sehingga ke peha menunggu suaminya di sebalik pintu. Sebelum Fatimah meminta izin untuk pergi dia merasa  hairan lalu bertanya apakah yang dilakukannya. Ummu Mutiah menyatakan bahawa gelas air itu sekiranya suaminya dahaga, boleh terus sahaja dia meminumnya tanpa menunggu, kayu itu untuk memukulnya sekiranya suaminya merasa marah dan ingin memukulnya dan pakaiannya yang seksi itu sekiranya suaminya berkehendakkan beliau tanpa perlu menunggu. Ketika ditanya adakah suaminya seorang yang garang, dia menafikan malah berkata bahawa suaminya insan yang paling penyayang dan dia berbuat sedemikian supaya suaminya redha dengannya dan supaya Allah redha dengan dia. Maka fahamlah Fatimah ra mengapa wanita ini menjadi wanita pertama ke syurga.

copyright serikandiku.com
Bila kita membaca/mendengar sesuatu cerita, cuba kita baca perkara disebaliknya.. perkara yang lebih mendalam

Apa yang kita boleh belajar dari cerita ini? Kalau zaman muda2, saya cuma nampak benda yang surface sahaja, iaitu mencontohi tindakan Ummu Mutiah dalam 3 perkara ini, tapi bila dah tua ni, saya boleh nampak perkara yang lebih jauh lagi.

Saya nampak 3 perkara tersebut merupakan lambang. Air segelas penghilang dahaga sebagai keperluan fizikal, kayu pemukul untuk menghilangkan marah sebagai keperluan emosi dan pakaian yang seksi untuk menundukkan nafsu sebagai keperluan seksual.

3 ingredients ini merupakan 3 perkara utama dalam keperluan seorang manusia bernama suami.. Bacalah mana-mana artikel mengenai keharmonian rumahtangga, bacalah mana-mana saintifik journal tentang hubungan suami isteri. Rupa-rupanya contoh kebahagiaan rumahtangga telah lama disuruh baginda untuk kita wanita hari ini contohi, iaitu contohi wanita pertama ke syurga.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Ar Rum: 21

Ini saya tulis dari kacamata seorang isteri tentang isteri, InsyaAllah lengkali saya tulis tentang suami dari kacamata seorang isteri (mana saya boleh tulis dari kaca mata seorang suami kan? dah memang saya pompuan.. hehe)

copyright serikandiku.com
Keluarga saya.. semoga Allah memberkati perkahwinan saya dengan Badrul dan semoga perkahwinan ini sebagai jambatan kami ke syurga

(related) Anda mungkin suka membaca previous post saya tentang:

Isteri

Kisah disebalik cerita

Kasih ibu

Pompuan

Penat

Libas (II)

4 Replies to “Teladan”

    1. Salam Aida, aik? ingat awak selalu je nampak saya kat FB? sebab saya selalu je nampak awak kat FB.
      Saya keje sekarang, dalam project yg sama, bawah boss yang sama, nak bawak the project further insyaAllah.
      Aida kat Msia ok? settling eh?

      1. FB tu kadang2 tak sempat nak scroll kak. ni rindu blog bukan FB 🙂
        alhamdulillah, settling down. still in the same company ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published.