Saya ingat, ada beberapa post yang saya buat kat facebook yang saya perlu letak disini, especially untuk ‘peminat-peminat’ blog saya yang tidak mempunyai account facebook.
Post yang di bawah ini saya letakkan semasa isu coklat cadbury sedang hangat. Post ini bertarikh 8 June 2014.
———-
Masa 20 tahun yang lalu, kalau student melayu baru sampai ke UK, mereka dibekalkan dengan satu list yang mengandungi semua bahan2 yang meng’was-was’kan.. A471, Abla bla bla (dulu saya hafal)…saya cakap list sebab panjang sangat berjela-jela, kalau pi shopping ada bawa kertas A4 dua tiga muka surat. Siapa yang buat list tu? Antaranya student-student jugak yang rajin sangat menulis surat ke kompeni-kompeni tanya, tak kurang juga yang buat penyiasatan sendiri di zaman yang tak mudah dapat info macam sekarang (internet, sheikh google etc.)
Tapi sekarang, kalau ada orang melayu baru sampai, nasihat saya pada diorang (berdasarkan nasihat dan fatwa para imam yang dipercayai yang lama dah duduk barat), tengok ingredient belakang tu, kalau tulis suitable for vegetarian and takde obvious alcohol, then halal.. Makan je lah. So macam mana? Memudahkan. Sebab tu saya setuju dengan ada satu artikel yang somebody pernah tulis, orang melayu kita ni kalau was-was pasal makanan terlebih-lebih. Saya setuju yang dia kata, kalau kita pegi rumah orang, tuan rumah dah tunjuk kiblat, kita jangan mengada check lagi. Saya juga setuju kalau kita pergi rumah orang, walaupun bukan Islam, yang bersusah payah membeli dan memasakkan kita daging halal untuk kita makan dan jangan siasat-siasat berlebih-lebih lagi, tak payah pergi ke dapur dia tanya dia masak guna apa etc. tak payah suruh dia tukar pinggan mangkuk baru untuk kita. And kalau kita pergi restoren yang bukan Islam, bila kita order makanan yang kita yakin tiada makanan haram atau syubhah di dalamnya, kita boleh makan dengan yakin. Tak payah pergi dapur dia check tempat masak dia.
It is not the question pasal kalau kita tak makan kat luar kita tak mati, bukan jugak question kalau kita tak makan cokelat tak mati, tapi ianya pasal kemudahan. Ianya pasal was-was. Bukan jugak pasal kalau makan tak jaga susah nak hafal quran, berapa banyak sheikh yang bagus-bagus (mmg byk yg dtg ke UK yang tak tersebut saya) jenis makan di restaurant tanpa ragu-ragu.
Now pasal DNA.. Ini dah hal lain. Seperti pendapat saya yang dulu, DNA ni dia test yang sangat sensitif. Apa maksud saya? Pernah tengok tak cerita CSI yang polis forensik dia sapu-sapu macam berus sapu pipi tu ke surface dinding masa cari cap jari etc? Yup, dia cari DNA siapa pernah sentuh dinding tu, tapi bukan bermakna orang yg ada DNA kat situ jadi bahan buat dinding tu. Mana2 tempat yang kita pernah sentuh, ada DNA kita, it is that sensitive. Saya ada komen jugak dulu pasal DNA test ni.
Apa DNA ni sebenarnya? Secara simple, DNA (Deoxyribonucleic acid) terdiri daripada base nucleotide C, T, G, A yang secara berkumpulnya menjadi protein. Kumpulan beberapa protein menjadi gene. Genes ni menjadi coding untuk bagaimana tubuh badan kita bertugas, so dia seperti pelan kecik yang tubuh badan kita mesti akan ikut. Tu pasal kalau silap gene, walaupun sedikit boleh menyebabkan kecacatan. Begitu cantik sungguh ‘bahasa Allah’ dalam menjadikan tubuh manusia dan begitu teratur dan tertibnya kerajaan Dia, boleh tengok link ‘bahasa tuhan dalam blog saya’.
Now, satu manusia dengan satu manusia yang lain, DNAnya ada 99.9% persamaan. Dan haiwan yang paling sama gene dengan manusia merupakan babi… (yup… bukan orang utan, beruk atau monyet) sehingga ada sesetengah saintis membuat theory yang gene manusia berasal bila beruk kawen dengan babi (yuck!) berdasarkan komposisi genenya.
So, soalan saya pada pihak yang membuat DNA test ini adalah bagaimanakah cara mereka menguji DNA tersebut? Adakah mereka mencari semua sequence atau sequence sikit yang membezakan babi dan haiwan lain (yang dinamakan DNA barcoding?) Sebab cara yang pertama tersangatlah susah dan mahal (merepeklah siapa yang kata boleh test guna style kertas litmus tu) manakala cara kedua (barcoding) terdapat banyak ‘khilaf’ di kalangan saintis sendiri sebab faktor untuk jadi salah/tak tepat adalah sangat tinggi.
So, bila ada pihak mengatakan mereka jumpa DNA babi dalam satu benda, pada para saintis ianya tidak semestinya bermaksud babi adalah merupakan satu bahan dalam benda tu. (Remember cerita saya pasal kesan DNA pada dinding tadi?) Contamination dari luar campur tahap kesalahan yang tinggi (senang sangat untuk sequence tu tersilap walaupun sikit je) campur sifat dan rupa barang yang dah berubah sifat untuk kita meragui status ke’haram’an sesuatu yang asalnya halal adalah tinggi… maksudnya… takyah ragu lah benda yang asalnya halal (kalau susah nak faham bahasa berbelit-belit).
Saya takut orang melayu kita pasal sangat sensitif dengan DNA, dia takmo solat. Sebab? Pada dia kat mana-mana lantai ada DNA anjing, najis. So jadinya dia tak solat. Dia lupa hadis yang mana-mana tempat dalam dunia ni suci as long as takder rupa, bau dan warna najis,… tak payah check DNA. Sebab kalau check DNA anjing, sure susah orang macam kita nak nak solat kat park terbuka. Islam itu agama yang memudahkan penganut, bukan menyusahkan. Feqah pernah ajar kalau kita jalan, ada air terpercik jatuh kena baju kita, kita tak payah investigate air tu datang dari mana, kalau tak, habis terfikir, eh dari bumbung, bumbung ada burung berak so najis.. Tokleh solat lagi!.. Nabi pernah renjis air pada kain dia sebelum buang air supaya tak was-was dgn bekas air incase ada terpercik buat org yg berfikiran was-was.
Ini tak termasuk lagi fatwa yang membolehkan makan sembelihan ahli kitab, walaupun saya tak ambil fatwa tersebut tapi saya taklah kutuk pada orang yang berpegang padanya. Orang-orang tersebut bukannya org yang ‘huha’, tapi yang hafal2 quran jugak, malah hafal lebih banyak dari saya.. Cuma bukan melayulah.. Saya pernah nampak org komen kat orang lain, “alah bukan mati pun tak makan cadbury tu”, but that is not the point. The point is, jangan banyak was-was, selagi benda haram bukan dalam ingredient, tak payahlah check DNA. Makanlah, dia halal.
Elies
PhD Biomaterial/Medical Engineering
—————
Setakat hari ni 17 June 2014, post ini merupakan antara post yang popular (err ada banyak lagi yang lebih popular.. hehe) dan telah mendapat 2001 likes dan 1057 shares.
Saya terfikir, kenapa banyak interest pada post ini? Baik dari golongan yang suka mahupun dari golongan yang menghentam saya? Adakah kerana ia kontroversi? Atau adakah kerana post ini mengajak kita berfikir dari sudut yang lain?
Kak Elise 😉
Pertama, hati saya berbunga2 bila baca awal entri ni ‘‘peminat-peminat’ blog saya yang tidak mempunyai account facebook’, terus terasa diri istimewa (hahaha!teruknya saya).
Kedua, entri ini buat saya lebih faham tentang ‘was-was’.Terima kasih yang tidak terhingga untuk entri ini.
p/s: sebenarnya sejak baca blog Kak Elise, setiap kali terjadi sesuatu dalam ‘kehidupan seharian’ saya atau terdetik sesuatu dalam hati, bila baca entri yang Kak Elise post, almost all menjawab sekaligus mendamaikan gundah gulana diri. Aturan Allah mungkin?
bole sy teruskan dengan panggilan Kak Elise?;)
aww.. terima kasih… memang entry ni khas untuk orang2 seperti awak.. actually ada beberapa post popular (cecece.. macam lah popular sangat saya ni..) lagi dalam FB saya yang saya akan letak sini InsyaAllah. Yes, boleh panggil saya kak Elies (salah eja Elise tu.. tapi bunyik dia sama)
ohhhhhhhh my bad!maaf Kak Elies,x sengaja.clumsy betul saya laju2 taip smpai nama salah eja.sorry sangat ;(
As-Salam. Kak Elies, klo Er nak share info akak ni bleh?? Mintak izin ya.. 🙂
Silakan..
Salam elies,
Sama lah saya dulu pun masa belajar di jepun..sampai di sana je, kami diberi senarai apa yg boleh dimakan. Kat sana masa tu, product2 tak ada ada label mcm kat uk yg tulis suitable for vegetarian..So, mula2 tu mmg bawak senarai tu bila pi beli makanan sbb tak tau baca “kanji” (tulisan jepun).Sampai hafal list tu..haha.
Sure lagi hebat cabarannya..