(sambungan dari ‘lembu punya susu‘)

OK, sebab saya tak sangka post ke blog picisan tersebut dinilai oleh sesetengah orang seperti research (apa la.. manalah sama research paper dengan blog post! Tulis pun pada waktu singkat, tak dapat cuti menulis etc, jadi berlaku adil lah kepada saya), dan sebab saya nak tulis beberapa benda lagi yang diminta orang (sebab saya ada banyak lagi kerja lain nak buat), so saya tulis ni sikit untuk kita berbincang sekiranya adakah kajian yang dibuat untuk melihat samada ada perbezaan pada emosi atau kesihatan mental kepada anak-anak yang menyusu badan dan yang menyusu formula/lembu. Yakni post ini untuk mengisi kekurangan yang saya tinggalkan pada post pertama tentang adakah link yang menunjukkan kesan penyusan badan atau formula/lembu kepada emosi anak-anak. Saya tidak akan mengulas bab epigenetics lagi. Ada beberapa reference itu pada komen link blog saya di facebook yang telah dikongsi oleh beberapa pembaca.

Sebab yang minta dalam FB tu kebanyakan dari para saintist yang saya suka berbincang dengan mereka (kerana ada argument, counter argument, dan tiada melibatkan emosi apabila berlawan pendapat), maka stail post yang ini agak lain (yakni tak macam post saya yang biasa, bunyi mungkin serius dan macam nerdy). Dan sebab itu saya tak suka kalau orang cuma printscreen atau copy post dari blog saya, sebab apa-apa yang saya edit atau nak terangkan saya tak boleh trace semula, atau argument berlaku tanpa counter argument.

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

 Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. Al-Baqarah: 172.

 

Saya mengambil keputusan untuk memilih sebahagian papers sahaja kerana tidak mahu ini menjadi mini review (sekali lagi, sebab saya tiada punya banyak masa dan perlu menumpukan perhatian kepada kerja seharian saya), for the sake of argument. Untuk memasangkan (pairing) antara penyusuan badan atau formula/lembu dengan kesannya terhadap sikap dan emosi anak-anak, saya telah menggunakan logik kesan antara keduanya terhadap kesihatan dan tumbesaran mental.

 

pic from wikipedia
susu kolosterum (kiri) yang pekat (hari ke 4) dan susu yang diperah pada hari ke 8 (kanan). Gambar dari wikipedia.

Satu cohort study di western Australia melibatkan 2900 wanita dan mengikuti mereka dan anak-anak selama 14 tahun. Anak-anak yang dibahagikan samada menyusu badan (6 bulan dan ke atas) atau yang menyusu badan kurang dari 6 bulan kemudian bertukar kepada formula/lembu. Anak-anak ini dikaji melalui Child Behaviour Checklist (CBCL) pada 2, 6, 8, 10, dan 14 tahun. Keputusan menunjukkan bahawa kumpulan yang menyusu badan menujukkan kurang masalah mental berbanding dengan kumpulan yang satu lagi sepanjang zaman kanak-kanak hinggalah ke umur remaja [1].

 

Satu lagi kajian yang mengikuti 86 bayi premature untuk mengkaji kesan penyusuan ibu mengikut jangkamasa penyusuan mereka di hospital, dan dibahagikan kepada 3 kumpulan; yang menerima sedikit (<25%), sederhana (25-75%) atau banyak (>75%) susu ibu. Bayi-bayi di kaji akan neurobehavioral maturation mengikut Neonatal Behavior Assessment Scale. Bayi yang menerima susu ibu dalam kumpulan yang banyak menunjukkan profil neurobehavioral yang lebih baik, terutamanya dalam motor maturity. Kumpulan bayi ini juga berterusan mencapai markah yang tinggi dalam pelbagai jenis ujian. Dalam kajian ini juga di dapati ibu yang menyusukan anak lebih lama/banyak menunjukkan tahap depressi yang paling kurang, secara tidak lansung meninggalkan kesan yang positif kepada bayi di dalam kumpulan ini [2].

 

Satu lagi kajian cohort yang besar di United Kingdom yang mengikuti 10 037 pasangan ibu dan anak-anak tentang kesan penyusuan dan tumbesaran sikap mereka sehingga umur 5 tahun. Perangai anak-anak di beri markah oleh ibu mereka berdasarkan Strengths and Difficulties Questionnaire (SDQ). Keputusan menunjukkan yang anak-anak yang menyusu badan mempunyai markah yang jauh lebih baik daripada yang menyusu formula [3].

 

 يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا ۖ

 Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; al-mukminun: 51 

 

Pesanan kepada saya dan saintis muslim, apabila melihat banyak-banyak papers, janganlah lansung dilupakan agama. Kita (saya especially) unfortunate sebab education di bawah sistem sekular, tapi menjadi tanggungjawab kita untuk meyampaikan agama kita kepada masyarakat saintis dengan cara yang lebih professional. Dalam berbincang mengenai ini, jangan kita lupa:

أَيُّمَا لَحْمٍ نَبَتَ مِنَ الْحَرَامِ فَالنَّارُ أَوْلَى لَهُ

“daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka neraka lah tempatnya”

Jangan hanya saya cuba membawa kita berfikir bagaimana quran, hadith related dengan research, sudah ada yang menuduh saya sebagai pseudo-scientist, padahal mereka adalah golongan yang dari dahulu saya tentang berhabis-habisan boleh tengok post saya dahulu (placebo) dan banyak facebook post saya yang mengutuk orang yang menjual ubat palsu dan yang menggunakan agama/serta ubat yang kononnya penawar segala penyakit untuk membuat wang.

Dan saya ingin tekankan lagi, ramai lagi saintis muslim yang lebih baik di luar sana. Banyak sangat lagi kajian yang memerlukan saintis muslim, kalau diharapkan beberapa kerat, memang tak cukup kudrat. Kita perlukan kajian mengapa agaknya najis bayi lelaki yang menyusu ibu sahaja dikira sebagai najis ringan, tetapi bukan bayi yang makan etc. Kenapa bayi lelaki, bukan bayi perempuan? Kita perlukan kajian mengapa hati disebut nabi sebagai organ yang mengawal segala tindak tanduk seseorang, apa yang hati produced yang mengawal behaviour? Ini hanyalah antara contoh-contoh soalan. Tak termasuk lagi development ubat-ubatan dan banyak lagi soalan-soalan etika seperti implant, gene therapy dan sebagainya.

Sampai sini dulu, saya stop dan takmo cakap pasal ini lagi.. otak penat, dan saya akan kembali cerita benda senang-senang untuk otak saya.

Tapi kadang-kadang, dari dahulu saya perasan, orang yang kalau dia dah tak suka kita, kita post lah apa juga, dia tetap tak puas hati dan membenci. Malah ada yang sanggup buat fake account, hanya unutk menggunakan bahasa kasar untuk mengutuk saya. Allah tahu, walaupun disebalik nama palsu.

(Bad bagitahu saya, macam takde kerja, pi cari kerja sebab buat post semalam sebelum tido tu..)

Rujukan: 

  1. Kramer M. Long-Term Behavioral Consequences of Infant Feeding: The Limits of Observational Studies. The Journal of Pediatrics (2010) 156 523-524.
  2. Feldman R et. al.  Direct and indirect effects of breast milk on the neurobehavioral and cognitive development of premature infants. Developmental Psychobiology (2003) 43 109–119.
  3. Heikkilä K, et. al. Breast feeding and child behaviour in the Millennium Cohort Study. Archive of Diseases in Childhood (2011)

 

5 Replies to “…sapi dapat nama”

    1. Terima kasih betulkan kesilapan saya. Nanti saya baca. Susah bila baca yang terjemahan Melayu yang mana jantung, yang mana hati. Terima kasih sekali lagi.

  1. Dr, thanks for the explanation. But i’d like to know more, apakah unsur yang terdapat dalam susu ibu yang membolehkan anak susuan menjadi adik beradik susuan (mahram) kepada anak si ibu yang menyusu tadi? Sekian.

    1. Saya tak tahu jawapan kepada persoalan tu, mungkin kepada yang tahu atau ahlinya boleh bagitahu jawapannya. Itu antara persoalan yang saya sengaja lontarkan untuk kita bear in mind.

Leave a Reply

Your email address will not be published.