Sistem sekolah rendah England

(Saya kongsikan kembali post saya di facebook mengenai sistem persekolahan di sini mengikut pengalaman saya dengan 3 orang anak-anak yang telah dan sedang mengikutinya. Saya masukkan juga part 2 yang saya tidak letakkan di facebook.)

copyright www.serikandiku.com
achievement cards yang didapati oleh Adnan

Cikgu-cikgu sekolah disini, selalu cari apa sahaja kelebihan anak murid untuk dihighlight dan diberi pujian. Benda simple-simple je kadang-kadang, contohnya; tulisan yang cantik, sabar siapkan kerja, dengar cakap cikgu, tolong kawan-kawan, beratur etc. Bukan hanya sebab pandai dalam subjek-subjek. Oleh itu, anak-anak diajar menjadi yakin dengan diri sendiri serta seronok ke sekolah. Sedari kecil, anak-anak diajar untuk berani bercakap dan memberi pendapat, contohnya bercakap satu baris perkataan semasa perhimpunan sekolah (semua murid baca sebaris, jadi tidaklah dia berasa malu atau janggal). Mereka juga berasa yakin dengan pendapat sendiri dan diajar mengikuti perkembangan dunia melalui perbincangan dan debate di sekolah. Adnan yang 6 tahun pun selalu balik rumah memberitahu saya apa sahaja perkara politik dunia yang dipelajarinya di sekolah.

copyright www.serikandiku.com
semasa assembly di sekolah (dalam gambar ini tentang heroes) setiap kanak-kanak diberi peluang bercakap.

Sekolah juga tiada sistem periksa yang me’rangking’ pelajar dari nombor 1 sampai last. So kita tak tahu anak kita pandai atau tak kalau dibandingkan dengan anak orang lain. Tapi apa yang dibuat oleh cikgu adalah, setiap anak disediakan ‘target’ yang perlu mereka capai berdasarkan tahap individu setiap mereka, contohnya, si Ali sekarang pandai sifir 4, target untuk Ali sampai akhir penggal adalah untuk mahir sifir 6, manakala si Abu yang sudah mahir sifir 7, target untuk Abu untuk hujung penggal adalah sifir 9. Jadi setiap anak mencabar dirinya sendiri dan bukan mengikut anak orang lain. Mak ayah tidak merasa berlawan dengan mak ayah orang lain (tayang anak periksa nombor berapa dalam kelas), tapi diberikan beberapa arahan bagaimana untuk membantu anak mereka. Mak ayah memang terlibat banyak dengan kerja sekolah anak, sebab mereka perlu tanda-tangan dan menolong banyak dengan kerja anak, dengan ini secara tidak lansung terpaksa mengambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak dan tidak hanya melepaskan tanggungjawab ini kepada guru semata-mata.

Anak-anak disekolah rendah, tidak banyak ditekankan tentang exam. Kadang-kadang, mereka tidak sedar pun yang mereka sedang menjalani exam. Kerja sekolah hanya seminggu sekali. Kat sekolah mereka banyak bermain, tetapi sebenarnya dalam permainan mereka, mereka banyak diajar skill untuk berkomunikasi, dan membina skil2 lain dalam diri. Bila mereka naik ke sekolah menengah, barulah banyak tumpuan diberikan dalam isi kandungan pembelajaran.

Beg sekolah lansung tak berat, hanya ada beberapa kertas yang mereka bawa balik tetapi selalu yang ada adalah buku2 cerrita yang perlu mereka habiskan. Cara bacaan buku ini bukan hanya memahami isi kandungan cerita, tapi ibubapa digalakkan untuk menyoal anak-anak tentang diluar buku tersebut, contohnya, mengapa penulis memilih tajuk tersebut, apa yang karater tersebut rasa sekiranya jalan cerita bertukar etc. Kadang2, saya sendiri berasa saya yang mahu belajar disekolah bersama2 dengan Adnan sebab kita pun tak diajar begitu disekolah.

copyright www.serikandiku.com
Antara costume yang dipakai Adnan, Sully (Monster Inc) dan the Incredible hulk.

Sekolah selalu dijadikan ‘happy dan fun’. Contohnya, cikgu buat ‘pyjama day’, cikgu dan anak2 murid semua datang kesekolah memakai baju tidur. Kadang-kadang cikgu buat ‘book character day’, so cikgu dan budak pakai costume dari buku cerita kegemaran mereka.

Saiz sebuah kelas tidak besar, selalunya tidak lebih dari 20 orang pelajar. Selain dari guru, sekolah juga mempunyai teaching assistant. So, dalam satu kelas, selain mengajar, teaching assistants (beberapa orang) dapat memberi perhatian individu kepada anak murid.

Bilangan sekolah rendah juga adalah banyak. Sebagai contoh, sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal kami (walking distance) adalah 5 semuanya.

Tentang kewangan

copyright www.serikandiku.com
semasa perhimpunan terakhir Lala year 6. Contoh pakaian sekolah mereka.

Pertama tentang pakaian sekolah. Pakaian sekolah anak agak simple. Walaupun warna agak berlainan mengikut identiti sekolah, tetapi pakaian basic sekolah terdiri daripada t-shirt putih berkolar, seluar atau skirt atau pinafore hitam/kelabu (budak pompuan boleh je pakai seluar kalau nak), dengan sweater sekolah (musim sejuk) dipadankan dengan kasut leather/plastic hitam ( so tak cepat kotor macam kasut kanvas putih di Malaysia) dengan setokin hitam/kelabu/putih. Pakaian sekolah agak murah, kalau dibeli di kedai-kedai seperti tesco atau asda, harganya dalam lingkungan £3-£7 sepaket dalam 3 baju gitu. So, seorang anak yang terpaksa beli baju baru campur kasut semuanya tak lebih £20, kalau yg pakai kasut Clarks mungkin lah mahal sikit, dlm £40 sorang (tak payah convert sbb org sini dapat gaji sini). Jadi kasut hitam yang tak cepat kotor dan baju dari jenis kain t-shirt adalah murah dan mudah dijaga oleh anak-anak, praktikal.

copyright www.serikandiku.com
budak-budak biasa dibiarkan bermain di luar, sehingga comot semuanya.

Masa Adam 1st masuk sekolah (anak pertama, so tak berpengalaman sangat), bila balik dia penuh dgn kotor colour, pasir atau mud (sekolah kan buat budak happy, diorang selalu main celup tangan dalam kaler sampai muka semua comot) cikgu siap bagitahu mak ayah supaya jangan risau baju anak comot dan suruh pakaikan sekali lagi keesokan harinya sebab ‘anak-anak anda sedang belajar skill memegang fine motor skills’ (budak start masuk sekolah umur 3 tahun).

Bercakap tentang budak masuk sekolah umur 3 tahun, kerajaan membiayai persekolahan percuma sebanyak 2.5 jam setiap hari pada umur 3, dan percuma sepenuhnya bila mereka berumur 4 tahun. Para ibu dibenarkan mendapat cuti bersalin selama setahun (yang ni kita cerita kemudian).

Antara yang perlu ibu-bapa sertakan dengan anak-anak mereka selain baju sekolah adalah pakaian outdoor. Ini boleh terdiri dari baju yang buruk tapi seelok-eloknya kot waterproof, sebab mereka akan dibawa keluar unutk pembelajaran walaupun di dalam cuaca hujan. Ketika ini mereka akan bermain lumpur dan mengkaji tentang alam persekitaran atau bertukar angin belajar di luar.

copyright www.serikandiku.com
Aanak-anak ini belajar tentang culture dan agama orang lain. Gambar ini diambil semasa mereka merasa nasi empit dengan rendang dan kuah kacang semasa saya dijemput ke sekolah bercerita tentang Malaysia.

Sekolah biasa (government) tiada yuran apa-apa pun yang perlu dibayar. Tiada buku yang perlu dibeli, juga tidak perlu membeli sebarang buku latihan atau sebarang alatulis. Seperti yg saya sebut sebelum ini, beg sekolah anak cuma ada kertas dan buku cerita yang dipinjamkan pihak sekolah setiap hari.

Sekiranya pihak sekolah memerlukan wang tambahan untuk sebarang projek mereka, pihak sekolah dan ibubapa bersama anak-anak akan membuat projek jualan (charity drive) atau mintak sorang sepaun utk buat ‘non uniform day’ sehari.

Setiap minggu, anak-anak akan membawa balik report dari pihak sekolah tentang apa yang telah mereka pelajari minggu tersebut, dan meminta ibu bapa terlibat dalam beberapa aktiviti anak-anak mereka yang menjadi sebahagian dari homework.

Keselamatan

Setiap pekerja yang bekerja dengan anak-anak (tidak kira cikgu sekolah, volunteers atau pekerja sekolah yang lain) atau mana-mana pekerjaan yang terlibat dengan ‘minor’, perlu melepasi peperiksaan CRB (criminal record bureau) atau juga dikenali sebagai DBS (Disclosure and barring service), centralised database yang disimpan oleh pihak berwajib tentang mana-mana individu yang pernah dilaporkan atau hight risk untuk bekerja dengan kanak-kanak. Ini adalah salah satu langkah untuk menjaga anak-anak dari gangguan seksual. Semasa saya menajdi pengetua di Sekolah Komuniti Malaysia Manchester, kami juga mempunyai list DBS ini di kalangan guru dan pekerja sekolah.

copyright www.serikandiku.com
Saya telah beberapa kali dijemput oleh pihak sekolah untuk bercakap tentang islam di sekolah.

Guru-guru juga diberikan training untuk bagaimana mengenali tanda-tanda kanak-kanak yang menjadi mangsa dera, samada deraan fizikal atau mental.

Ibu bapa perlu menghantar anak-anak ke ‘tangan’ cikgu pada waktu pagi, dan apabila pulang guru-guru akan hanya menyerahkan anak-anak kepada ibu bapa atau penjaga mereka. Sekiranya anak-anak kita memberitahu cikgu yang dia akan pulang ikut kawan, guru akan lekas-lekas menalipon ibu ayah untuk mendapat pengesahan sebelum menyerahkan anak tersebut.

Summary

 

  • Sekolah rendah dijadikan tempat membina karekter anak-anak dalam keadaan yang seronok dan bukan hanya berkisar tentang peperiksaan/exam.
  • Cikgu memberi galakkan tentang apa yang positif tentang anak.
  • Tentang keterlibatan yang tinggi dari mak ayah dalam pendidikan.
  • Target pencapaian anak mengikut tahap individu.
  • Sekolah bukan tempat memberi tekanan perasaan kepada pelajar, guru atau ibu bapa.
  • Uniform sekolah yang murah dan praktikal.
  • Kewangan yang tidak membebankan ibu bapa.
  • Tentang hal keselamatan anak-anak yang diberi perhatian mendalam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam pendidikan anak-anak kita

(sorry kalau bunyi post macam point form, sebab type dari memori otak.. dah lah sibuk takde masa, campur dengan janji nak letak cerita hantu kat sini)

8 Replies to “Sistem pendidikan awal England”

  1. Cantik pendedahan yang puan paparkan untuk dikongsi bersama ibu-bapa dan penjaga! Itulah bezanya pendekatan sistem pendidikan mereka, bukan seperti kita yang terlalu exam oriented sehingga menyebabkan ibu-bapa tertekan jiwa, sedangkan kita sudah lama merdeka tapi sayangnya negara tak mampu melahirkan generasi yang berketrampilan global…. Pengalaman beberapa anak yang terdidik dalam sistem pendidikan mereka semasa di peringkat pre-school dan primary, sangat ketara…. Kirim salam uncle to dr badrul….katakan padanya, yang Malaysia benar2 mendambakan perobahan total kerana sistem yang ada terlalu bobrok!

    1. Betul, perlu perubahan dari atas, dari menteri-menteri yang memperbodohkan rakyat. Serupa macam kereta ferrari tapi engine kancil.
      Badrul kirim salam semula.

  2. K.elies.. Ibu bapa yg x berkemampuan dpt benefit kan? So isu perbelanjaan skolah anak mmg xkn timbul? Sekolah abg jugak pnah mintak donation baju sekolah terpakai yg masih elok (terutama jumper/sweater berlogo (mahal sket dari jumper asda/tesco). Sekolah anak kami, nursery-year2 dpt free meals. Year3 onwards those yg eligible je dpt free meals (n free milk). Yati share blog akak kat fb ek (buat tambah bahan/perbandingan pengalaman sekolah anak kami utk kwn2 kat malaysia)

  3. Alhamdulillah..sistem pembelajaran di UK sangat mementingkan nilai-nilai murni selain kanak-kanak tidak ditekankan dgn bebanan exam yg keterlaluan..nilah yg dikatakan..’Learning is fun!’…Teringin pulak nak bekerja dan tinggal di UK..Terima kasih doktor atas penerangan yg sempoi tetapi bernas..

    1. Learning is fun adalah kata-kata yang digunakan dari kanak-kanak sampai lah kita tua macam ni.. nanti kita cerita lebih lanjut InsyaAllah

  4. Kalau nak buat macam ni di malaysia, mentaliti ibu bapa juga perlu bersedia. Kerana ibubapa di Malaysia ni kalau sekolah anak takde exam diorang lak yg risau dan dok sebok marah sekolah kenapa takde exam

    1. Betul.. ada banyak perkara yang perlu diubah bersama.. dalam banyak hal, cara pemikiran dan mentaliti masyarakat perlu diubah juga. Cara yang paling mudah adalah dengan penerangan yang betul-betul dari pihak berwajib kepada guru-guru dan ibu bapa. Jangan asyik ubah sistem sesuka hati, menyusahkan guru, ibu bapa dan lebih-lebih lagi para pelajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.