copyright serikandiku.com
Seljalandsfoss Watetfall (Iceland 2017)

Buat yang ada mengikuti saya di FB mungkin ada perasan yang saya pernah tulis yang saya telah mengambil keputusan untuk ‘cuti bekerja’ daripada kerjaya research saya. Buat yang tidak ‘follow’ saya sure nampak saya ni macam keluar dari gua kan? Saya perasan jugak yang dah lama sangat saya tak post apa-apa ke sini, last post saya Feb 2017, yakni lebih dari setahun saya tak post. Salah satu sebabnya adalah saya semenjak mak saya jatuh sakit (stroke, 2016-semejak itu kesihatan mak saya semakin merosot sehingga kini), saya seolah-olah hilang mood untuk bergembira, maupun menulis atau apa-apa yang saya buat semuanya terasa hambar. Nanti insyaAllah saya cerita pasal tu.

 

Banyak sangat saya nak update dan nak cerita tapi tu lah..

 

Antara perkara besar dalam hidup saya selain tukar kerjaya adalah pindah rumah. Kami pindah ke sebuah rumah lama (Victorian) dibina 150 tahun yang lalu. Banyak yang perlu dibaiki semasa kami baru berpindah. Ada orang tanya kenapa pindah dari rumah moden ke rumah lama? Badrul dan saya jatuh cinta kepada senibina rumah lama, yang ni InsyaAllah juga akan saya cerita kemudian kalau korang berminat nak baca. Ke nak cerita hantu ke (orang Melayu suka nau citer hantu).. kalau minat sila komen eh?

 

Tapi apa yang saya nak cerita kalini adalah tentang kerjaya baru saya. Kalau kita orang yang biasa sibuk, cuti ‘macam tak buat apa-apa’ buat kita rasa macam otak beku. Saya berjinak-jinak belajar menjahit. Walaupun menjahit merupakan benda yang saya minat dari dulu-dulu (main mesin jahit mak saya masa kecik-kecik buat anak patung Doraemon etc.) tapi saya tak ler pandai sangat. Saya boleh jahit bebenda lurus sahaja seperti sarung bantal atau langsir, itupun bengkok. Jadi, setelah saya banyak masa, saya dapati saya banyak belajar sendiri menjahit terutamanya melalui Youtube, dan banyaklah jugak benda yang saya cuba, boleh tengok kat public album saya di FB yang bertajuk Sewing. Dan dalam setahun inilah jugak saya telah mencuba salah satu perkara yang saya paling nak buat dari dulu-dulu, yakni mengikuti Sayyidatina Khadijah dalam urusan perniagaan. Saya telah menubuhkan satu syarikat yang dinamakan ‘Instant Hijabs UK’. Kalau korang minat saya boleh cerita jugak bab ni sebab banyak jugak benda yang saya dapat menjual kepada orang-orang Islam (atau bukan Islam) di UK ini.

 

Tapi sebab saya malas nak tulis banyak kali ni, saya nak kongsi je bilik kegemaran saya dalam rumah saya ini yakni, bilik jahitan saya. Saya kongsi sebab sebagai orang yang minat jahit, saya pasti ada geng2 jahit yang lain suka tengok bebenda jahit ni.

Asalnya bilik ni untuk saya kongsi office dengan Badrul, tapi saya dah slowly planned untuk merampas sedikit demi sedikit.. hehe. Saya ni ada sikit obses tokleh tengok benda tak bersusun (buku sebagai contoh sebab nanti saya buang masa susun ikut tinggi la.. ikut kaler la.. ) jadi saya kena buat almari seluruh dinding (jadi kalau sepah dalam tu takpe). Ni masa bilik tu baru siap dan belum letak apa-apa.

 

 

Ni bilik masa mula letak barang. Dah mula la bersepah sikit demi sikit. Meja jahit tu budget punya, beli kat ikea. Bookshelves yang sebelah kanan dalam gambar saya kena tutup dengan langsir, kalau tak saya jadi biul.

 

copyright serikandiku.com
Ni benang-benang untuk mesin sulam saya. Separuh lagi benang-benang dalam laci.

 

copyright serikandiku.com
Separuh lagi benang sulam dalam laci. Yang ni benang murah2 je beli kat eBay.

 

Benang2 susun dalam laci, letak atas pegboard dengan dowel pendek2, supaya benang tak jatuh bila bukak laci.

 

copyright serikandiku.com
Drawer ‘Alex’ dari ikea. Benang2 besar untuk jahit tepi saya letak dalam laci-laci bawah yang lagi besar.

 

copyright serikandiku.com
Laci paling atas letak gunting2. Saya kena letak label kat gunting sebab kadang-kadang saya terkantoikan Badrul ‘pinjam’ gunting kain saya untuk gunting kertas.. pantang betul tau.

 

copyright serikandiku.com
Pembaris saya kebanyakan jenis pembaris quilting sebab saya jenis tak berapa lurus orangnya..

 

Antara buku-buku yang saya gunakan. Saya lagi suka buku melayu tapi susah nak dapat. Bila balik Msia je kalau sempat beli atau kalau jumpa baru saya boleh beli. Lagi satu saya perasan cara jahit orang Msia dengan orang putih agak lain.

 

copyright serikandiku.com
Meja ni untuk cutting, alas dia boleh guna dengan rotary cutter untuk potong kain. Kadang-kadang Adnan duduk sini buat school homework dia masa saya menjahit.

 

copyright serikandiku.com
Mesin-mesin saya. Dari depan, mesin jahit biasa, mesin jahit tepi dan belakang sekali mesin sulam. Laci bawah tu juga dari ikea, saya buat letak bebenda jahit yang kecik2.

Tu je lah dulu untuk saya kongsikan buat masa ni. Post ni sebagai warm-up setelah sekian lama saya tak menulis, nak tulis bebenda susah otak saya tengah tak jalan.

p/s: Saya kongsi ni bukan nak ‘eksyen’ tau. Saya tahu dulu ada orang komen saya eksyen. Saya kongsi untuk geng2 suka menjahit macam saya. Ada je orang kongsi hobby dia kat blog kan?

2 Replies to “Suara dari gua”

  1. Assalamualaikum. Lama tak baca blog. Dsy dah follow blog ni sejak zaman 2008 lagi. Dulu agak femes blog, saya sekarang zaman fb twitter ig.

Leave a Reply

Your email address will not be published.