Mungkin ramai antara kita yang tak biasa mendengar tentang Masjid Hala Sultan Tekke yang berada di Lanarca, Cyprus selatan jajahan Greek (sebelah utara cyprus pula di bawah jajahan Turki).
Masjid ini di dirikan sempena Umm Haram binti Milhan Malik (ibu saudara kepada Rasulullah saw, saudara kandung kepada ibu Baginda Aminah). Baginda saw sangat rapat dengan ibu saudara bainda sehingga samasa baginda kecil, baginda selalu bermain dan tidur di rumahnya.
Bagaimana ada kubur ibu saudara nabi di Cyprus?
Diriwayatkan, pada satu ketika baginda melawat Umm Haram, beliau menyisir rambut baginda sehingga baginda tertidur dipangkuannya. Ketika tidur Baginda tersenyum. Apabila ditanya tentangnya, Baginda memberitahu kepada Umm Haram yang baginda bermimpi terlihat sebahagian umat baginda yang berperang pada jalanNya dan belayar di tengah lautan, seperti raja yang berada di atas singgahsana. Lalu Umm haram meminta baginda mendoakan agar beliau termasuk dalam golongan tersebut. Setelah Baginda mendoakan, baginda tertidur lagi. Sekali lagi Baginda tersenyum. Apabila ditanya, Baginda bersabda, Baginda ditunjukkan golongan yang berperang pada jalanNya. Umm haram meminta Rasulullah mendoakan beliau agar termasuk dalam golongan tersebut. Baginda menjawab, “kamu akan termasuk dalam golongan yang pertama”.
Setelah kewafatan Rasulullah saw, pada ketika Islam telah sampai ke Syria, Mu’awwiyah pada ketika itu Gabenor menghadapi masalah serangan Byzantine ke atas perairan Syria yang menggunakan Cyprus sebagai tempat asal serangan. Beliau meminta kebenaran dari Khalifah Umar untuk menawan Cyprus melalui laut supaya dapat mengawal serangan ke atas Syria. Umar tidak memberi kebenaran ketika itu kerana tentera Islam tidak mahir berperang melalui laut.
Ketika pemerintahan Khalifah Uthman, Mu’awwiyah telah berjaya mendapat kebenaran untuk menawan Cyprus. Ketika menyiapkan kapal perang untuk ke Cyprus, ‘Ubadah bin Saamit telah ditugaskan menjadi ketua perkapalan dan ini merupakan peperangan laut yang pertama untuk Islam. Umm Haram ketika itu merupakan isteri kepada ‘Ubadah bin Saamit dan telah meminta kebenaran untuk mengikutinya, ternyatalah kebenaran doa Rasulullah saw untuknya.
Setelah Cyprus dapat ditawan, kapal tentera islam mendarat di Cyprus. Kuda yang dinaiki oleh Umm Haram terkejut oleh sesuatu lalu melompat menyebabkan Umm Haram terjatuh dan meninggal dunia di tempat tersebut. Beliau dikuburkan di situ lalu didirikan masjid ditempat kejadian.
Kami merasa sungguh bertuah dapat melawat Masjid Hala Sultan Tekke yang terletaknya disebelah tasik air masin. Kami sampai sejurus sebelum waktu zohor. Semasa kami sampai ramai pelancong asing ditempat tersebut. Walaupun demikian, suasana di dalam masjid hening dan tenteram, bersama deruan angin dari tasik bersebelahan yang menjadi tempat habitat burung (flamingo… lupa apa nama dalam bahasa melayu). Di sebelah tembok utama masjid terdapat maqam ibu saudara baginda yang diabadikan di dalam kelambu hijau.
Kubur Umm Haram terletak di Cyprus, tetapi kubur suaminya ‘Ubadah bin Saamit pula terletak di Baitul Maqdis. Banyak lagi cerita yang berkaitan tentang Umm Haram, tak sempat nak ceritakan semua, bolehlah pembaca mencari sendiri.
Harapan kami semoga perkongsian ini bermanfaat, dan InsyaAllah ada banyak lagi dalam catatan kami di Cyprus yang insyaAllah akan saya kongsikan nanti.
assalamualaikum.tak sangka ada masjid di bumi cyprus.
yer betul, tapi yang Hala Sultan Tekke ni dah jadi macam museum.
Tapi dalam Cyprus itself mmg ada banyak masjid.. nanti saya tulis ye?