(sambungan dari bahagian 1)

Catatan diari haji

Dalam ibadah haji ni, kami ikuti exactly seperti dalam gambar ni.. senang nak faham bila tengok gambar kan?

 

Jumaat 6 Zulhijjah (day 1) Mekah

 

Kami bertolak dari Manchester airport. Sampai ke Jeddah waktu subuh jumaat, alhamdulillah kami terus ditempatkan ke terminal biasa (bukan terminal haji) jadi tidak sibuk lansung dan sangat cepat process imigresen. Kami antara jemaah haji yang terakhir sampai ke Mekah.

copyright www.serikandiku.com
Alhamdulillah. Kami di bawa terus ke terminal biasa (selalunya jemaah haji ke terminal haji) disebabkan kami antara jemaah terakhir sampai, terminal tak sibuk dan selesai semuanya under 1 jam (selalunya jemaah haji tunggu di airport terminal berjam2).

 

copyright www.serikandiku.com
Saya berbekalkan bag galas saya yang siap dengan kerusi lipat.. in case penat kan?

 

Bus yang menanti juga membawa kami ke Mekah, mudah dan cepat juga prosessnya. Sesampainya kami ke Mekah, Badrul dan saya telah ditempatkan ke hotel Retaj al Bayt (dalam zamzam tower) bilik berdua. Dalam ramai-ramai ahli group kami beg saya tidak dapat dijumpai. Ke manakah hilangnya? Mungkin ia telah tersalah hantar ke hotel yang sebelum kami. Saya fikir tak mengapalah, insyaAllah nanti akan dapat semula. Tapi baju dan kelengkapan saya semuanya ada dalam beg tersebut. Saya nak mandi guna sabun yang khas untuk ihram, dan tukar baju yang tak busuk, tapi semuanya tak boleh sebab ada dalam beg tersebut.

 

Zohor (jumaat)

Hari jumaat yang nak dekat haji (2 hari sebelum hari haji bermula) merupakan jumaat yang paling sibuk. Pintu-pintu utama untuk masuk ke dalam masjidil haram telah ditutup awal kerana masjid telah penuh. Badrul mendapat panggilan talifon yang beg saya telah dijumpai tetapi belum boleh dihantar masuk ke tempat hotel kerana jalan utama telah juga ditutup. Untuk masa itu, saya berasa sangat sedih kerana telah sampai ke mekah, tetapi masih belum boleh masuk melihat kaabah.. dah lah baju saya busuk sebab perjalanan.

 

“Kata hati kosong kan? Ini Allah hantar sikit saja ujian..” kata Badrul…

 

Dan saya menangis.. Bukan kerana nak kan beg pakaian, tetapi merasa berterima kasih kerana dengan itu pencetus khusyu’ hati yang saya cari selama ini. Saya memerlukan sesuatu untuk saya start rasa lembut hati dan untuk mencairkan hati saya yang beku.

 

Setelah solat jumaat habis, beg saya sampai, saya telah boleh menukar pakaian dan Badrul mengajak saya untuk menunaikan tawaf umrah.

 

copyright www.serikandiku.com
Tawaf umrah semasa waktu ‘asar. Alhamdulillah taklah panas sangat.

 

Asar

Melihat ka’abah sekali lagi setelah kali terkahir semasa umrah 5 tahun yang lalu, membuatkan perasaan saya bercampur baur, tenang seperti kembali kepada tempat yang setiap hari paling kurang 5 kali kita mengadapnya, sedih kerana di beri peluang melihat kaabah yang Allah berikan 20 kebaikan hanya dengan memandangnya.

 

copyright www.serikandiku.com
Hanya dengan memandangnya..

 

 

: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يُنْزِلُ اللَّهُ عَلَى أَهْلِ الْمَسْجِدِ مَسْجِدِ مَكَّةَ كُلَّ يَوْمٍ عِشْرِينَ وَمِائَةَ رَحْمَةٍ، سِتِّينَ مِنْهَا لِلطَّائِفِينَ، وَأَرْبَعِينَ لِلْمُصَلِّينَ، وَعِشْرِينَ مِنْهَا لِلنَّاظِرِينَ»

 

Rasulullah salla Allahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Allah menurunkan rahmat kepada sesiapa yang berada di masjid di Makkah setiap hari sebanyak seratus duapuluh rahmat. Enam puluh diturunkan kepada mereka yang melakukan tawaf, empat puluh kepada yang bersolat and dua puluh kepada yang hanya memandang (Kabah) (Al Tabrani)

 

 

Waktu tersebut tengah hari, agak panas untuk tawaf dan sebab itu tak banyak sangat orang. Berbekalkan payung dan spray air, Badrul dan saya memulakan tawaf pada pukul 3 petang, sambil tawaf Badrul menyebur air kepada kami dan orang2 sekeliling (yang amat gembira menerima semburan air tersebut). Kebetulan hari tersebut merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke, errr.. 22, alhamdulillah.

 

copyright www.serikandiku.com
Kebetulan, hari tersebut merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami. Hadiah terbaik. Semoga Allah memberkati rumahtangga kami ini.

 

[tips untuk bab ini; sediakan payung UV protect untuk menahan panas, spray untuk air, air botol minum- kena selalu minum air (stay hydrated), kasut/selipar khas yang dipakai untuk dalam masjidil haram especially untuk kaki tak biasa pijak permukaan keras, jadi tapak kaki tak sakit sangat semasa tawaf dan sa’ie (untuk elak plantar fasciitis)].

 

Maghrib

Pada waktu maghrib, disebabkan tergesa-gesa, saya terlupa membawa sejadah ke masjidil haram. Semasa hendak solat, saya mendapati saya bersebelahan dengan seorang jemaah dari Malaysia (saya rasa jakun lah jumpa orang Malaysia), tak sempat bercakap sebab masuk celah-celah lepas iqamah. Dia ada sejadah, tempat saya simen sejuk, di sebelah tiang, betul-betul di ceruk dan terperosok. Makcik Turkey belakang dia menyentuh bahu dia dan mengisyaratkan kepada dia untuk melintangkan sejadah dia supaya boleh berkongsi dengan saya, tetapi dia buat tidak tahu sahaja.

 

Tetapi hati saya sedih, kerana boleh saja dia berbuat pahala berkongsi kebaikan dengan saya tetapi dia memilih untuk menjaga dirinya sahaja. Setelah Isya’ dan bercerita dengan Badrul, dia telah membelikan untuk saya sehelai sejadah yang sangat cantik (pada saya la, padahal sejadah biasa je), dan saya telah berjanji dengan diri sendiri untuk selalu berkongsi dengan siapa sahaja yang memerlukan. Pesan Badrul kepada saya yang haji adalah kebanyakannya tentang perkongsian, saya pegang erat-erat di dalam hati…

 

copyright www.serikandiku.com
Pemandangan selepas maghrib

Saya pasrah dapat solat di mana sahaja di masjidil haram, walaupun dalam sempit, walaupun tempat kecil, “terima kasih Allah kerana menjemputku dan memberiku ruang di dalam rumahMu…”

(bersambung..)

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.