(sambungan dari bahagian 1 dan bahagian 2)
Sabtu 7 Zulhijjah (day 2) Mekah
Sebelum saya sampai ke Mekah, ada beberapa sahabat saya dari Malaysia yang telah sampai ke untuk haji telah merancang sekiranya kita boleh berjumpa. Kami faham yang kebarang-kalian untuk berjumpa agak tipis di antara jutaan para haji itu. Ada 2, 3 orang yang betul2 rancang tapi kami masing-masing sibuk dengan hal ibadah.
Tetapi ada seorang yang komen satu sahaja di facebook, “Insya-Allah ada rezeki kita berjumpa.” Dr. Zizie yang tidak saya jumpa 20 tahun lamanya.
Pintu-pintu ke dalam masjidil haram ada banyak, dan kadang-kadang walaupun pintu yang sama, tapi kalau ambil tangga atau escalator yang lain kita akan berada dalam kawasan yang lain. Pada pagi subuh hari sabtu, kami masuk ke underground, punya banyak manusia dan kami pilih tempat solat kami. Sedang saya mengaji, Dr. Zizie tepuk bahu saya, masyaAllah dia nampak saya masa saya pusing ambil quran di rak. Dalam banyak2 tempat, dalam banyak2 manusia direzekikan Allah untuk kami bertemu…
Pada pagi tersebut juga, saya telah menggunakan sejadah baru saya, kebetulan makcik sebelah saya takde sajadah saya pusing dan kongsikan dengan dia. Makcik tersebut berasal dari Albania dan dia senyum dan cium pipi saya berterima kasih. Simple thing tapi meant a lot kongsi sejadah. Dan di ekor mata saya, di sebelah hadapan kanan dan depan lagi saya nampak telekung bertulis ‘Malaysia’ tidak berkongsikan sejadah mereka. Saya merancang untuk memberitahu dia bila habis solat nanti, tetapi sesudah habis solat, dia pusing menjeling saya, nampak dia agak berusia, agak tidak sesuai utk saya tegur, maka saya berikrar untuk menulis tentang ini di blog atau FB saya, untuk menegur jemaah Malaysia untuk tidak sombong dengan orang sebelah2 dan belajar berkongsi.
[tips; apabila ke masjid, selalu-selalulah bermesra dan berkenal-kenalan dengan jemaah sebelah menyebelah. Jangan sombong. Banyakkan senyum. Tak guna kalau rajin ngaji, zikir dan sebagainya tetapi muka masam, menyombong dan mementingkan diri sendiri]
Ketua rombongan kami kemudiannya telah memberitahu kami yang group kami telah di berikan waktu dan ruang khas untuk bertolak ke Mina pada malam tersebut, dan meminta kami bersedia, tunggu di bilik selepas isya’ untuk dipanggil turun ke bawah menaiki bas yang menanti. Kami dapati sepanjang haji untuk kali ini, process perjalanan jemaah haji sangat-sangat terurus. Setiap kumpulan ada jadual dia mengikut waktu supaya perjalanan teratur, tiada jalan jem atau tunggu menunggu dan ianya telah sangat-sangat memudahkan jemaah haji.
Ahad 8 Zulhijjah (day 3) Mina
Kami sampai ke Mina waktu malam sebelum waktu subuh dan kami ditempatkan ke kawasan penempatan European khemah (Muslims of Turkey, Europe, America, Canada and Australia) agak hujung kawasan Mina. Mina cantik, penuh dengan khemah putih. Tapi pastikan kita tahu alamat khemah kita sebab semuanya boleh nampak sama sahaja. Kalau kita jenis yang pelupa, boleh ‘drop pin’ kat lokasi di dalam smart phone kita.
Alhamdulillah kami dapat khemah yang berdinding batu. Di dalam bilik tersebut ada disediakan aircond, wifi(!), sofa/folding bed dan selimut tebal setiap sorang. Bilik perempuan bersebelahan dengan bilik jemaah lelaki, jadi bila mereka solat jemaah atau ceramah kami boleh dengar dengan jelas.
Walaupun ada aircond, bila tiba tengahari, boleh jadi sangat panas (sebab atap nipis khemah kot), jadi pada pendapat saya pakaian yang sesuai dipakai kat Mina ni adalah jenis pure cotton, atau baju kelawar/kaftan yang geloboh supaya masuk angin dan senang keluar pi tandas. Kalau orang bagitau saya dulu sebelum datang pun bagus takde la pakai jubah panas.
Kat dinding2 dia ada power source yang kongsi 2, 3 orang satu outlet, tapi saya guna solar powered power bank, jadi senang guna. Pada malam tersebut, terjadinya ribut kencang, cuma nampak atap khemah sahaja lah yang bergoncang.
Ujian utama Mina ni adalah tandasnya. Satu building tandas (ada dalam 5-8 bilik air dan kepala shower belah atas) yang dikongsi oleh beberapa tents. Jadi memang beratur jika mahu menggunakan kemudahan ini. Semasa kami di Mina, kami masih dalam ihram, tapi semasa saya menggunakan tandas saya ada mendengar beberapa orang sisters yang bergaduh tentang tandas, yer sebab ada yang masih tak tahu beratur mungkin, tapi lupa dalam ihram kita tak boleh bergaduh. Kalau nak jimat masa, boleh bawa spray bottle supaya senang ambil wudu’ tanpa perlu beratur.
[tips: pakaian longgar cotton, spray berkipas ‘water mist’, wudu spray, extension socket atau power bank, solar powered lebih bagus]
Pada waktu malam, Badrul mengajak saya keluar bersiar-siar keluar khemah, nampak cantik sebab semua brothers memakai ihram putih, masing-masing gembira, berborak sesama mereka, group tazkirah atau bersama isteri masing-masing, pada saya nampak macam pemandangan syurga.
Ada ternampak juga orang-orang yang miskin tiada khemah tetapi mendirikan khemah simple, hanya memacakkan tiang dan sehelai kain dijadikan bumbung. Ada juga yang duduk di atas lereng bukit di celah-celah batu. Semasa ribut kencang pada malam tersebut, kami di dalam khemah tak habis-habis memikirkan tentang mereka.
Salah seorang sister dalam khemah kami juga telah memberitahu, sekiranya kita ada makanan berlebihan janganlah di buang. Beliau telah mengumpulkan makanan kami yang masih belum dibuka untuk dihantarkan kepada mereka yang di luar dan tiada khemah.
Pada hari pertama tersebut, saya difahamkan geng2 Malaysia belum sampai ke Mina kerana mereka ke Arafah dahulu.
Saya duduk di sebelah hujung khemah. Pada pandapat saya, agak penting kita mendapat ‘jiran’ yang bagus, sebab kita akan terkesan dengan apa yang mereka lakukan. Ada jiran yang jenis berborak tak habis-habis, tetapi ada juga jiran yang jenis suka mengaji dan solat membuatkan kita juga ingin berbuat perkara yang sama.
(bersambung..)