(sambungan dari bahagian 1, bahagian 2 dan bahagian 3)

Isnin 9 Zulhijjah (day 4) Arafah

copyright www.serikandiku.com
Kawasan perkhemahan Europe di Arafah

Hari ini merupakan hari yang paling penting dalam haji. Kami diberitau untuk bersiap2 oleh group leader, tunggu dan bersedia apabila bas yang akan mengambil kami ke Arafah tiba (seperti biasa setiap group ada slot masa dia). Perjalanan dengan bas ke Arafah senang. Tiada menunggu2, jalan raya clear, memang tabik dengan Ministry of Hajj and Umrah tahun ni sebab segalanya berjalan dengan lancar dan teratur. Badrul memberitahu saya yang semasa beliau mengerjakan haji pada tahun yang sebelum2 itu, tidaklah teratur dan lancar seperti ini.

 

copyright www.serikandiku.com
Dalam kawasan perkhamahan di Arafah, di letakkan pasu2 bunga disepanjang jalan. ‘Karpet rumput’ dan ‘water mist’ yang berterusan menyemburkan air untuk mengurangkan panas.

 

copyright www.serikandiku.com
Tempat-tempat ‘berdoa’ yang disediakan.

Semasa sampai kawasan kami di Arafah, kami merasa sungguh terharu dengan sambutan yang diberikan. Masuk sahaja ke perkarangan kawasan, diletakkan pasu-pasu bunga, kerusi meja di bawah khemah dan dihiasi dengan water mist. Ini baru kawasan garden yang menyambut kami belum lagi masuk ke khemah. Saya melihat group leader kami tidak sabar-sabar nak menunjukkan kepada kami apa yang sedang menanti di dalam khemah.

copyright www.serikandiku.com
Dalam khemah ‘marquee’ yang lebih besar dan ber’aircond’. Kawasan perempuan.

 

copyright www.serikandiku.com
Kawasan lelaki bersebelahan dengan kami. Jadi boleh mendengar ceramah dari Sheikh.

Ya Allah! Khemah (marquee besar) yang beraircond, ber chandelier cantik, bukan itu sahaja, ada peti sejuk yang disediakan pelbagai jenis minuman, mangkuk buah-buahan bertingkat-tingkat, dan makanan yang di sediakan di hadapan khemah.

copyright www.serikandiku.com
Alhamdulillah. Makanan dan minuman sejuk yang tersedia. Malah ada buffet makanan yang sedap2 di hadapan.

Setiap jemaah mendapat sebuah folding sofa bed, 2 payung (sponsored rasanya) sebuah beg toileteries yang berisi towel tablets (macam pil masukkan dalam cawan berisi air lepas tu dia akan jadi kembang dan lembab macam towel), portable sejadah dan sleeping bag (untuk Mudzalifah). Masa kami teruja tersebut, mulut kami semakin besar terbuka bila dia tunjuk yang kami ada private tandas/shower yang sangat cantik yang bersambung pada hujung khemah, siap dengan supply of fresh face towels. Maklumlah kan, kami datang dari kemudahan tandas kongsi di Mina, jadi jakunlah sikit. Badrul cakap bebenda ni semua baru, takde masa zaman dia dulu. Disediakan ini semua untuk para hujjaj supaya boleh focus beribadah.

copyright www.serikandiku.com
Antara ‘hadiah’ untuk para hujjaj yang disediakan untuk kami. Payung, sejadah, sleeping bag (untuk Mudzalifah) toiletries etc.

Masa pagi di Arafah eloklah digunakan untuk menyimpan tenaga kerana waktu yang penting adalah setelah zawwal (selepas tergelincir matahari-lebih kurang zohor) sehingga ke maghrib yakni waktu yang paling afdhal berdoa. Ada 2, 3 orang makcik yang menggunakan waktu pagi untuk pergi ke Jabal Nur (Mount Arafah) bila dia balik dia kepenatan dan ada yang kena heat stroke dan pengsan. Jadi saya rasa kena tahu priority.

 

copyright www.serikandiku.com
Pengampunan dosa walaupun sebanyak buih di lautan

 

Dalam satu hadith Qudsi, Allah turn ke langit dunia bersama para malaikat dan berkata kepada mereka, “Hambaku datang kepadaKu (di padang Arafah) dalam keadaan kusut masai dan dipenuhi debu dari setiap lembah mengharapkan pengampunanKu. Sekiranya dosamu sebanyak butiran pasir, atau bitiran hujan atau sebanyak buih di laut, Aku akan mengampunkanmu.[1]

 

Sepanjang saya di Mina dan di Arafah pada pagi tersebut, saya ada sedikit perasaan malu pada Allah. Maklum lah, siapa lah saya, hanya manusia kerdil yang banyak dosa, nak panggil diri hamba pun malu sebab selalu perangai berlagak tuan dan tak macam hamba.

 

copyright www.serikandiku.com
“..berdoalah kepadaku, nescaya akan Kuperkenankan..” Ghafir: 60

 

Jadi, saya nak berdoa pun malu, nak minta apa pun malu.. tak tahu kenapa. Tapi 2 kali dalam lembaran quran yang saya baca semasa di Mina dan Arafah, saya terkesan dengan ayat yang Allah bagi kat saya:

 

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ – 2:186

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentangKu, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.

 Al Baqarah 186

 وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ – 40:60

Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.”

Mukmin/Ghafir 60

 

Allah suruh saya minta… Dan Allah itu dekat dan Dia Maha Mendengar segalanya. Dan saya rasa ini merupakan hubungan peribadi saya dengan Allah. Sepanjang haji ini, tiada cerita magic terjadi kepada saya seperti orang selalu cerita, tetapi banyak ayat-ayat Allah yang saya rasa Dia tujukan khas untuk saya. Seperti yang saya pernah cerita dahulu kan, setiap orang mempunyai  pengalaman haji berbeza.

 

Apabila tiba waktu yang dinantikan, Badrul ajak saya keluar dari khemah dan berdoa di luar. Ramai sudah orang-orang berdiri di luar2 khemah, berdiri dan merintih berdoa. Berdua dengan Badrul di bawah payung di suatu penjuru, lembah Arafah tersebut mengingatkan saya kembali seperti pertemuan Adam dan Hawa setelah 200 tahun terpisah setelah diusir dari syurga, dan keduanya menangis mengharapkan keampunan dari Tuhan mereka. Berdoa demikian, saya merasa bertambah dekat dengan Badrul.

 

copyright www.serikandiku.com
Arafah, tempat bertemunya Adam dan Hawa setelah diselubungi dosa dan keinsafan,.. begitu terkesan di hati saya.

 

Setelah waktu matahari hampir tenggelam, Badrul mengajak saya untuk ke Bukit Arafah (kerana pada waktu tengahari tadi terlalu panas untuk saya walaupun berpayung). Banyak sungguh manusia bertebaran membanjiri kawasan tersebut, lelaki semuanya dalam ihram, dan semuanya khusyu’ berdoa dan merintih kepada Allah. Kelibatnya seolah-olah di padang Mahsyar, masing-masing dengan diri mereka sendiri dan Tuhan. Keadaan sekeliling sudah tidak lagi dihiraukan.

 

copyright www.serikandiku.com
Manusia membanjiri Arafah. Masing-masing mengharapkan keampunanNya.

 

Matahari tenggelam, hilang sudah hari dan tempat paling mustajab berdoa, kami sedih sekiranya tidak berpeluang menemui dan datang ke lembah Arafah lagi..

 

copyright www.serikandiku.com
Bilakan lagi akan direzekikan merintih kepada Allah di lembah Arafah.

 

..Sayup-sayup doa-doa yang terakhir bersama tenggelamnya matahari pada petang tersebut, manusia pun beransur-ansur meninggalkan bukit Arafah dan kembali ke khemah masing-masing.

 

Ketua rombongan kami menyuruh kami bersedia untuk menaiki bas bila bas datang untuk dibawa ke Mudzalifah, untuk bersolat maghrib dan isya’ jama’ di sana.

(..bersambung)


[1]Riwayat At-Tabarani dalam buku al-Kabeer. Saheh al-Targheeb wa Tarheeb V2, p9-10, ♯1112

Leave a Reply

Your email address will not be published.