(sambungan dari bahagian 1, bahagian 2, bahagian 3 dan bahagian 4)

Mudzalifah

 

Di Mudzalifah juga para hujjaj telah diberikan slot khas kawasan. Contohnya kami masih diberikan kawasan padang European hujjaj, tapi padangnya luas tanpa sempadan, tanpa khemah, hanya kawasan lapang dan beberapa bangunan tandas (kalau yang lama punya setingkat dan baru-baru ini telah di bina blok bertingkat untuk tandas).

 

copyright www.serikandiku.com
Kami bermalam (dan tidur) di sini.

Sheikh kami menyuruh semua lelaki untuk bersama dan menjaga mahram mereka (sheikh kami style macam tu kalau kat mana2 dia selalu suruh jemaah lelaki jaga dan ambil tahu tentang mahram mereka). Saya membentangkan alas tanah, sleeping bag dan peralatan di tanah. Nak kutip batu sebanyak sekurang-kurangnya 70 butir takde masalah sebab banyak pun batu di situ, tak sampai beberapa minit Badrul dan saya sudah cukup batu-batu kecil untuk melontar. Setelah solat jemaah magrib dan isya’ kami mula merebahkan diri untuk tidur.

copyright www.serikandiku.com
Sungguh terasa diri seperti hamba. Bersepah-sepah begitu di celah-celah manusia yang ramai. Siapakah daku pada ‘mata’ Tuhan.

 

Tapi susah nak tidur sebab sepanjang malam ada sahaja rombongan-rombongan yang membawa jemaah haji baru sampai dan tak putus-putus sampai waktu pagi (kan saya ada bagitau setiap robongan ada slot waktu bas dia sendiri kan supaya jalanraya tak jem dan perjalanan lancar).. punya la ramai manusia. Saya ada ambik gambar panorama dan video. Tidur bersepah-sepah tersebut semuanya macam mayat-mayat yang bergelimpangan. (isyh.. dalam blog ni tokleh upload pulak gambar panorama..)

 

copyright www.serikandiku.com
Walaupun ada alas camping mat (macam polystyrene) dan sleeping bag, terasa panas dan bahang dari tanah. Dengan kena selubung (tutup aurat) saya rasa panas dan susah nak tido.

 

Saya sangat susah nak tido sebab:

no 1. ditakdirkan bersebelahan dan 2, 3 orang couple yang asyik berborak, bukan borak perlahan tau kuat cara dia bercakap maklumlah style omputih.

No. 2 sebab panas, letak alas atas tanah pun saya still boleh rasa panas tanah tersebut walaupun dah malam, siap saya sentuh debu tanah nak rasa kepanasan dia.

No 3. Selain dari panas tanah, kita juga kena bertudung/telekung menutup aurat. Jadi saya rasa panas bertalu-talu.

No. 4. Saya rasa malu nak baring sebab ada lelaki sebelah sana sini walaupun diorang tak tengok dan masing-masing dah berdengkur.

Atas sebab-sebab di atas lah kenapa saya rasa haji/umrah itu adalah satu jihad untuk perempuan. Untuk saya la kot.. Saya pandang Badrul (mulut tak komplen) tapi saya rasa Badrul tahu apa yang saya sedang rasa.

“Hajj is all about sharing, understanding and being patient..” katanya berbisik kepada saya mengingatkan.

 

copyright www.serikandiku.com
Berduyun-duyun manusia sampai setiap jam sampailah ke waktu pagi.

 

Macam-macam jenis manusia di sebelah2 kami. Selain dari yang bising tadi, ada satu pakcik depan saya ni, sebab bini dia kurang sihat dan merasa panas, pakcik tua ni sentiasa duduk dan mengipas-ngipas isteri dia sepanjang malam sehingga pagi. Dan kejap-kejap dia spray air. Sweet je pakcik tu.

Lepas saya bagitau Badrul pasal pakcik tu setelah kembali ke Mekah, Badrul gelak katanya, “sebab pasal pakcik tu la nanti bini-bini semua orang lepas ni nak suami diorang layan macam tu.. naikkan standard untuk kaum suami je”…

 

Dan ada sekali semasa rombongan-rombongan jemaah haji sampai sikit demi sikit mencari tanah-tanah yang ‘kosong’ untuk tidur, tiba-tiba saya terbau hancing dan bertanya kepada Badrul sekiranya dia ada bau. Bila dah lewat malam semua orang dah tido dan saya pusing ke kiri dan ke kanan tokleh tido, saya baru ternampak seorang makcik tak tua sangat tapi bajunya dari pinggang ke bawah basah oleh air kencing. Badrul cakap mungkin dia ada masalah kesihatan. Bila bangun pagi baru saya nampak yang dia bukan sahaja ada masalah kesihatan tetapi mungkin juga seorang OKU. Kasihan juga, dalam keadaan susah-susah macam tu pun, masih juga datang memenuhi panggilan haji dari Allah. Kita yang sihat-sihat ni bagaimana?

 

copyright www.serikandiku.com
terasa seperti di alam barzakh, tidur berdebu tanah. Cuaca yang kering dan debu membuatkan saya rasa seperti nak start batuk.

 

Berbaring di atas tanah berdebu, memandang bulan dan bintang, berlatar-belakangkan dengkuran jiran-jiran bising yang dah tertido tadi, mengingatkan saya akan kematian, kuburan dan alam barzakh.

 

Tak pasti samada saya tertido atau tidak, tiba-tiba sudah dekat waktu subuh. Oh ya lupa nak tambah, untungnya saya kat khemah/kawasan orang-orang European ni kan, diorang ramai yang tak reti guna tandas cangkung. Jadi tandas cangkung ni selalu je ada yang kosong. Diorang prefer tandas duduk. Jadi saya nak ke tandas takde masalah sangat.

 

Saya difahamkan dari sahabat saya yang kebanyakan jemaah dari Malaysia tidak tidur di Mudzalifah tetapi hanya hadir sebentar di situ.

 

Selasa 10 Zulhijjah (day 5) Mudzalifah-Mina-Mekah

 Subuh

Selepas solat subuh, kami bersedia untuk berangkat ke Mina. Semua orang macam nak berpusu-pusu keluar tetapi untuk jemaah haji ada traffic control ingat tak saya cakap sebelum ni? Jadi, kat tanah lapang tu, ada pagar, yang polis/jaga hanya bagi keluar group-by-group, sikit-sikit supaya tak berebut.

copyright www.serikandiku.com
Kami mula berjalan dari Mudzalifah setelah subuh.

Sheikh kami mencadangkan yang kita semua berjalan kaki sebab, no.1. kebanyakan ahli dalam group kami orang muda, no. 2. Kalau naik bas akan jadi lambat sebab by pukul 10 kata sheikh, jalan masuk Mina dan Makkah akan ditutup sebab banyak sangat orang.

 

Jadi group kami semuanya mula berjalan kaki. Mula-mula seronok sebab ramai orang jalan kaki, dengan group sebelah dari France, dari German dan macam-macam jenis orang.

 

 

copyright www.serikandiku.com
Macam-macam bangsa..

Hari ini merupakan hari yang melontar kepada Jamrah Aqabah (paling besar) sahaja. Bangunan yang mengandungi Jamaraat dibuat besar dan mengandungi 4 tingkat. Bergantung dari pintu mana kita masuk, kita tiba-tiba akan berada di tingkat yang lain-lain. Dari kawasan European khemah, selalunya tiba-tiba kami akan sampai ke tingkat 3.

 

copyright www.serikandiku.com
Perasaan yang tidak dapat dibayangkan apabila suara laungan takbir bergema di dalam terowong.

 

 

Perasaan penat berjalan kaki bertukar menjadi gembira bercampur euphoria, bila suara takbir para jemaah semua bergema bila memulai masuk kawasan terowong jamaraat. Sepanjang perjalanan terdapat para pengawal/askar yang menjaga tata-tertib para hujaj sambil menyembur air untuk mengurangkan kepanasan kami sambil mendoakan untuk kami.

 

Salah satu sudut terowong tersebut, tiba-tiba saya terpandang seorang pembersih (cleaner) yang menitis air-matanya… Mengapa agaknya dia menangis?

 

copyright www.serikandiku.com
Askar berada di kiri kanan sepanjang jalan, mendoakan kami dan menyembur air kepada para jemaah. Semua rasa gembira.

 

Apabila sampai kepada Jamrah Aqabah, kami melemparkan 7 biji batu kecil, sebagai lambang tidak membenarkan syaitan di luar dan di dalam diri kami untuk mengganggu hidup dan pendirian kami lagi.

 

copyright www.serikandiku.com
Pemandangan khemah-khemah di Mina.

 

Dari Jamaraat, sekiranya ingin kembali ke kawasan perkemahan Mina, ada jalan yang satu hala terus keluar dan masuk kemabli ke khemah area. Tetapi sekiranya ingin keluar dari Jamaraat dan ingin ke Mekah, maka kita keluar dari escalator yang 4 tingkat tersebut, menampakkan betapa besar dan tingginya bangunan jemaraat tersebut, macam sebuah airport, lengkap dengan kipas di atas untuk melancarkan laluan udara di dalam.

 

copyright www.serikandiku.com
Pemandangan dalam bangunan Jamarat.

 

Kami kemudiannya berjalan kaki untuk menghala ke Mekah. Keletihan mulai terasa lebih-lebih lagi tanpa sarapan pagi di Mudzalifah. Di kala ini kami menguatkan diri dengan beberapa energy bar dan energy tablets yang kami bawa dalam beg. Semasa berjalan dalam panas, seeloknya minum air sedikit demi sedikit tetapi kerap supaya tahap air di dalam badan sentiasa tinggi (hydrated) berbanding minum sekali banyak seperti unta. Selain dari menggunakan payung, basahkan kepala atau basahkan towel dan letakkan atas kepala. Saya juga menggunakan spray air untuk di semburkan ke muka untuk mengurangkan serangan panas (heat stroke).

 

 

copyright www.serikandiku.com
Bila saya merasa tak larat berjalan dengan kaki yang lenguh, saya ternampak pakcik-pakcik tua yang tidak berselipar, yang berpapah dan bertongkat gagah berjalan. Saya rasa malu..

 

Kami telah berjalan selama 6 jam semenjak dari Mudzalifah. Saya merasa tak larat tetapi apabila saya melihat sebelah saya ada pakcik-pakcik tua bongkok yang kelihatan miskin (pakaian lusuh –label tulis dari Bangladesh) tanpa berkasut masih berjalan, ada yang bertatih-tatih berjalan kerana sungguh tua, di pimpin oleh dua orang di sebelah kiri dan kanannya, membuatkan saya berasa sungguh insaf. Haji ini memerlukan banyak kekuatan fizikal, sekiranya berkemampuan semasa umur muda, maka janganlah tunggu hari tua. Sebelum tiba ke Mekah, kami melalui satu terowong yang sangat panjang (ikut rasa hati saya) sebab kepenatan yang amat sangat dan tak cukup tidur, terowong tersebut dirasakan seperti tiada penghujung…

 

copyright www.serikandiku.com
Haji sangat-sangat memerlukan kekuatan fizikal juga. Fitbit kami menunjukkan kami telah berjalan sebanyak 30km pada hari tersebut. Kem Europe antara kem terhujung. Jadi jalan kaki dari Mudzalifah, ke Mina (untuk Jamrah) dan ke Mekah untuk tawaf, ibadah dan seterusnya memerlukan banyak jalan.

Akhirnya kami sampai ke Mekah, fitbit kami menunjukkan kami telah berjalan 25km di dalam panas terik (kalau kat UK jalan 25 mungkin masih boleh rasa kuat lagi). Kami sampai just before zohor, saya rasa kepitaman dan tumbang di dalam hotel. Setelah membersihkan diri, saya tertidur hanya bangun untuk solat, dan setelah cukup rehat setelah asar Badrul membawakan saya makanan. Penat yang saya rasa, lebih penat dari semasa saya panjat naik dan turun Gunung Snowdonia Wales, 2 minggu sebelum haji sebagai persediaan haji tersebut. (Malam tambah lagi 5 km, tawaf dan saie). Tu tak tambah lagi jalan kaki kembali ke Mina yang mana kem kami nun jauh di hujung.

 

copyright www.serikandiku.com
Setelah saya lega berehat di bilik hotel, kami mengerjakan tawaf haji, tapi di bumbung sebab bawah terlalu ramai manusia. Kami berjalan lagi.

Setelah mendapat kembali tenaga, kami mengerjakan tawaf haji (di bumbung tingkat paling atas kerana tingat bawah penuh berasak) selepas maghrib. Bumbung kurang sikit berasak tetapi pusingannya besar sedikit. Campur tawaf dan Sa’ie, fitbit kami menunjukkan untuk hari tersebut sahaja kami telah berjalan sebanyak 30km! (orang yang lari marathon sure tak heran.. tapi kami ni orang biasa je).

 

copyright www.serikandiku.com
Peta menunjukkan kawasan khemah haji mengikut area.

Selepas Isya’ kami memulakan perjalanan kembali ke Mina dan mengambil masa 3 jam untuk sampai ke kawasan khemah, kaki masih lenguh bekas siang tadi tapi kurang letih sebab berjalan pada waktu malam tak terasa sangat kepanasannya. Kami sampai dalam khemah just sebelum subuh. Setelah solat subuh, kami yang tak cukup tidur dari hari sebelumnya menjama’ tidur pada siang harinya.

 

(bersambung…)

Leave a Reply

Your email address will not be published.