(sambungan dari bahagian 5)
Rabu 11 Zulhijjah (day 6) Mina
Ingat tak saya cerita sebelum ini waktu siang kat Mina boleh jadi sangat panas walaupun ber-aircond? Saya memang berharap sangat saya ada baju kelawar time tu. Mina pada hari ke 3 kami di situ telah mula di penuhi oleh para penjual barang-barangan lambak/murah di celah-celah khemah.
Badrul membelikan saya sehelai baju kelawar murah tapi saya rasa sangat-sangat suka dengan baju tersebut sehingga kawan-kawan dalam khemah saya suruh saya memodelkan baju depan mereka. Selepas itu, 2, 3 orang juga keluar beli. Ketika ini, kemesraan dengan kawan-kawan dalam khemah telah lama terjalin dan kami menjadi sungguh rapat dan mesra. Kebanyakan mereka masih berusia muda, 2, 3 orang baru sahaja berumah-tangga, kiranya saya ni antara yang tua jugalah di situ. Culture yang sungguh bagus pergi haji pada usia muda begitu.
Kami bertolak untuk ke Jamaraat selepas ‘asar dan selamat selesai just masuk maghrib. Dari kejauhan, saya nampak banyak sangat manusia pada setiap tingkat jamaraat dan tak putus-putus… berapa ramainya dari pagi tak berhenti-henti orang sampai. Sheikh memberitahu kami yang bilangan rasmi para hujaj yang berdaftar adalah nak dekat 3 juta hujaj, tetapi bilangan tidak rasminya melebihi 5 juta orang.
Saya rasa takde negara dalam dunia ini yang boleh tiba-tiba menampung pengunjung sebanyak 3 juta orang, bukan kata 5 juta, bukan sahaja menampung dengan baik tetapi tidak putus-putus bekalan air, dan makanan diberikan kepada kami semua, dan mereka berbangga memberikan bantuan dan pertolongan kepada para hujaj.
Khamis 12 Zulhijjah (day 7) Mina-Mekah
Sheikh kami amat menekankan yang semua ibadah yang dilakukan mengikut sunnah. Dan dia amat menekankan yang melempar jamrah seharusnya dilakukan setelah waktu zawwal. Untuk mengelakkan ramai orang ada sesetengah jemaah telah melempar seawal waktu subuh lagi. Kami bertolak ke Jamaraat pukul 9:30 pagi dan berjalan lambat-lambat supaya sampai waktu zawaal. Rupanya, dalam perjalanan ramai jemaah juga berjalan lambat-lambat macam kami, macam pertandingan jalan lambat je rupanya. Tetapi bagaimana lambat pun kami jalan, kami sampai ke jamaraat agak awal, pukul 11 pagi, waktu zawaal dalam 12:30. Masalahnya, para pengawal mahu para hujjaj semua cepat-cepat melemparkan jamrah dan berjalan keluar dari situ.
Para pengawal pada hari tersebut ramai dari biasa. Ada ketua askar yang berdiri di atas platform yang tinggi dan mengarahkan askar-askar di bawah untuk mengepung dan menggerakkan kami, seperti kambing biri-biri di halau oleh anjing gembala. Kami faham mereka buat semua ini untuk mengawal ‘traffic flow’ supaya perjalanan manusia dalam jamaraat terkawal dan tiada lagi kejadian terpijak (stampede) seperti tahun-tahun sebelumnya. Kami bermain kejar-kejar dengan pengawal selama sejam, bila dah terkena ke arah jamrah, kami berbuat2 seolah-olah membaling batu. Lama kelamaan para pengawal mengakui yang ramai antara kami yang mahu menunggu waktu zawal lalu kami di bawa ke sebelah tepi sambil para pengawal membuat kepungan tangan antara mereka supaya kami tidak terkeluar dan tidak berlanggar dengan para jemaah lain yang baru sampai.
Sampai sahaja waktu zawwal, kami semua melempar. Setelah habis, semua para hujjaj bergembira kerana selesai sebahagian besar daripada haji. Badrul bersefie dengan para pengawal, dan semua para hujjaj bergembira. Kami kemudiannya bertolak ke Mekah dan tidak lagi ke Mina.
Hari terakhir melempar ini saya telah mula dihinggapi demam, batuk dan selsema. Sampai sahaja ke Mekah, Badrul menyuruh saya berehat.
Hari-hari yang berikutnya, kami banyak menghabiskan waktu solat di masjidil haram, dan membuat banyak-banyak tawaf sebelum kami bertolak ke Madinah hari Ahad nanti.
(bersambung..)